Saturday, December 20, 2014

2261) SUARA TV - 19/12/2014 - Kerajaan Digesa Wujudkan Undang - Undang Khas Berkaitan Tonto


Kuala Lumpur – Kehadiran tonto atau orang tengah yang bertindak sebagai pemberi maklumat bagi menggagalkan tugas penguatkuasaan undang-undang dilihat sebagai punca kepada kegagalan operasi yang dijalankan.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan tindakan mereka yang mengekori setiap pergerakan anggota penguatkuasa dan membocorkan maklumat turut menganggu kelancaran operasi yang dijalankan.
“Amat menggangu, kerana apabila kita bergerak dari satu tempat ke satu tempat mereka (tonto) turut mengekori dan menghalang kelancaran operasi yang dijalankan.
“Selain daripada itu mereka turut memberi maklumat kepada pihak lain (pengusaha permis haram) agar menutup (atau bersembunyi), (namun) kita tidak boleh berbuat apa-apa” katanya.
Beliau yang ditemui ketika Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram (Ops BAH) Wilayah Persekutuan Siri 7 baru-baru ini turut mengakui peruntukkan undang-undang sedia ada berhubung isu tonto ini perlu dipinda untuk penambahbaikkan kerana pada ketika ini tiada peruntukan undang-undang dan boleh diambil terhadap mereka.
“Operasi seperti ini memerlukan satu tindakan yang segera.
“Kita tidak menafikan, peruntukan undang-undang sedia ada boleh dilakukan (diperkemaskan) tapi ia akan mengambil masa yang agak panjang” katanya lagi.
Menurutnya lagi dalam operasi bersepadu seperti ini, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi menahan mana-mana individu disyaki sebagai tonto yang terlibat dengan penyalagunaan dadah.
Masyarakat sebelum ini sering meletakkan kesalahan kepada anggota penguatkuasa yang dikatakan gagal membendung aktiviti haram seperti judi dan pusat-pusat maksiat yang semakin berleluasa.
Namun tanpa mereka sedari kehadiran tonto yang mengawasi setiap pergerakan anggota penguatkuasa telah menyebabkan serbuan yang dirancang tidak berjaya hingga menyukarkan tindakan dilaksanakan secara menyeluruh.
Terbaru kehadiran tonto ini bukan hanya sekadar memberikan maklumat, malah terdapat banyak kes dimana mereka semakin berani mencabar kewibawaan pihak penguatkuasa dengan bertindak ganas seperti memberi ugutan bunuh dan menyerang mana-mana anggota yang menjalankan tugas.
Ini kerana mereka mengetahui tiada peruntukan undang-undang dan tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.
Atas sebab itu juga kerajaan digessa segera mewujudkan satu udang-undang khusus, bagi membanteras kegiatan tonto agar tindakan liar dan ganas seperti ini dapat ditangani dan ditumpaskan.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...