Thursday, December 25, 2014

2278) KOSMO - 24/12/2014 - PPIM Cadang Kerajaan Tubuh Suruhanjaya Insolvensi Bantu Individu Bankrap

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mencadangkan agar kerajaan mewujudkan Suruhanjaya Insolvensi bagi membantu individu bankrap keluar dari belenggu kebankrapan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, suruhanjaya itu perlu memandangkan senario kebankrapan yang semakin membimbangkan setiap tahun.
“PPIM menerima banyak aduan dari masyarakat yang mengatakan mereka tidak tahu telah bankrap dan hanya mengetahui mengenainya apabila nama mereka keluar dalam iklan surat khabar.
“Ramai antaranya tidak menerima pun notis daripada Jabatan Insolvensi dan ada juga kes yang diisytihar bankrap kerana ada individu lain telah menggunakan kad pengenalan mereka tanpa pengetahuan untuk membuat pinjaman kad kredit dan sebagainya,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini, hari ini.
Jelasnya, terdapat juga kes kebankrapan yang bukan kerana hutang individu itu sendiri, tetapi disebabkan penganiayaan pihak lain. - Bernama

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...