Thursday, June 27, 2019

5025) AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA 'ORANG TENGAH' NAIKKAN HARGA DURIAN: PPIM - SINAR HARIAN - 26/06/2019


MELAKA – Rungutan harga durian mahal dan membebankan pengguna akan terus berulang sekiranya tiada tindakan pihak berkuasa terhadap ‘orang tengah’ yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, kata Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

“Bagi pendapat saya, selain penguatkuasaan undang-undang dan tindakan tegas terhadap penjual yang menipu dalam timbangan, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengambil tindakan awal seperti menganjurkan kursus asas etika perniagaan kepada mereka yang ingin terlibat sebagai orang tengah dalam pasaran durian tempatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nadzim berkata beliau tidak menafikan bahawa peranan 'orang tengah' penting bagi membawa masuk bekalan durian dari kebun-kebun ke pasaran, namun tidak wajar sekiranya mereka mengambil untung berlipat kali ganda sehingga membebankan pengguna.

“Mengambil untung tidak salah, namun janganlah sampai membebankan pengguna yang akhirnya merugikan semua pihak. Daripada pemerhatian saya, agak sukar mencari peniaga yang jujur di negara ini, jadi perkara ini perlu segera diperbaiki bagi melahirkan peniaga yang mempunyai etika pada masa depan," katanya.

Beliau turut mencadangan pihak kerajaan memberi pendidikan awal etika perniagaan untuk melahirkan peniaga yang jujur.

“Tidak wajar sekiranya pengguna terus memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang sebaliknya mereka perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk bertindak terlebih dahulu,” katanya ketika diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak meminta pengguna memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang.

Beliau menggalakkan pekebun dan penanam durian menjual terus hasil tanaman mereka kepada pengguna bagi mengecilkan kuasa orang tengah yang ingin mendapat keuntungan lebih.

Sementara itu, tinjauan rambang mendapati kebanyakan pengguna dan pekebun durian menyalahkan ‘orang tengah’ atau pemborong dalam isu kenaikan harga durian kerana mereka membeli pada harga rendah tetapi menjualnya pada harga berlipat kali ganda.

Seorang peminat durian dari Bukit Baru, Melaka yang ingin dikenali sebagai Rizal, 42, berkata adalah tidak adil peniaga menjual durian secara timbang kerana yang berat bukan isi tetapi kulitnya.

“Jika ditimbang, sebiji durian bersaiz sederhana boleh mencapai berat sehingga dua kilogram, harga pasaran durian kampung adalah sekitar RM6 hingga RM8 sekilo, jadi pengguna perlu menbayar sekitar RM16 hingga RM20 sebiji dan ianya agak mahal untuk durian kampung,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Peniaga durian yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Hassan’, 40, berkata, beliau yang pernah menjadi orang tengah tahun lepas berpendapat harga pasaran durian sekarang tidaklah terlalu mahal dan pengguna mempunyai pilihan untuk membeli durian mengikut gred dan jenis.

Pemborong bukan sengaja hendak menaikkan harga tetapi perlu untuk menampung kos pengangkutan dan risiko buah rosak, katanya dan menambah, harga antara RM6.40 dan RM7 sekilo adalah berpatutan kerana pekebun memerlukan modal besar untuk menanam dan menjaga pokok durian dan bukan semua orang mampu melakukanya. - Bernama

Artikel oleh: Sinar Harian

AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA 'ORANG TENGAH' NAIKKAN HARGA DURIAN: PPIM

5024) PPIM SARAN TINDAKAN TEGAS PADA ‘ORANG TENGAH’ NAIKKAN HARGA DURIAN - MALAYSIA KINI - 26/06/2019




Rungutan harga durian mahal dan membebankan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana akan terus berulang sekiranya tiada tindakan pihak berkuasa terhadap ‘orang tengah’ yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, kata Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
“Bagi pendapat saya, selain penguatkuasaan undang-undang dan tindakan tegas terhadap penjual yang menipu dalam timbangan.
“Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengambil tindakan awal seperti menganjurkan kursus asas etika perniagaan kepada mereka yang ingin terlibat sebagai orang tengah dalam pasaran durian tempatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di Melaka hari ini.
Nadzim berkata beliau tidak menafikan bahawa peranan orang tengah penting bagi membawa masuk bekalan durian dari kebun-kebun ke pasaran, namun tidak wajar sekiranya mereka mengambil untung berlipat kali ganda sehingga membebankan pengguna.
“Mengambil untung tidak salah, namun janganlah sampai membebankan pengguna yang akhirnya merugikan semua pihak,” katanya yang turut mencadangan pihak kerajaan memberi pendidikan awal etika perniagaan untuk melahirkan peniaga yang jujur.
“Daripada pemerhatian saya, agak sukar mencari peniaga yang jujur di negara ini, jadi perkara ini perlu segera diperbaiki bagi melahirkan peniaga yang mempunyai etika pada masa depan,” katanya.
“Tidak wajar sekiranya pengguna terus memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang sebaliknya mereka perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk bertindak terlebih dahulu.
“Atau pengguna boleh mengambil tindakan tidak membeli durian timbang terlebih dahulu sehingga harga turun atau membeli terus daripada pekebun bagi mendapat harga yang lebih rendah,” katanya ketilka diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak meminta pengguna memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang.
Beliau menggalakkan pekebun dan penanam durian menjual terus hasil tanaman mereka kepada pengguna bagi mengecilkan kuasa orang tengah yang ingin mendapat keuntungan lebih.
Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mendapati kebanyakan pengguna dan pekebun durian menyalahkan ‘orang tengah’ atau pemborong dalam isu kenaikan harga durian kerana mereka membeli pada harga rendah tetapi menjualnya pada harga berlipat kali ganda.
Seorang peminat durian dari Bukit Baru, Melaka yang ingin dikenali sebagai Rizal, 42, berkata adalah tidak adil peniaga menjual durian secara timbang kerana yang berat bukan isi tetapi kulitnya.
“Jika ditimbang, sebiji durian bersaiz sederhana boleh mencapai berat sehingga dua kilogram, harga pasaran durian kampung adalah sekitar RM6 hingga RM8 sekilo, jadi pengguna perlu membayar sekitar RM16 hingga RM20 sebiji dan ia agak mahal untuk durian kampung,” kata bapa kepada empat orang anak itu.
Peniaga durian yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Hassan’, 40, berkata, beliau yang pernah menjadi orang tengah tahun lepas berpendapat harga pasaran durian sekarang tidaklah terlalu mahal dan pengguna mempunyai pilihanan untuk membeli durian mengikut gred dan jenis.
Pemborong bukan sengaja hendak menaikkan harga tetapi perlu untuk menampung kos pengangkutan dan risiko buah rosak, katanya dan menambah, harga antara RM6.40 dan RM7 sekilo adalah berpatutan kerana pekebun memerlukan modal besar untuk menanam dan menjaga pokok durian dan bukan semua orang mampu melakukanya.
- Bernama
Artikel oleh: Malaysia Kini
PPIM SARAN TINDAKAN TEGAS PADA ‘ORANG TENGAH’ NAIKKAN HARGA DURIAN

5023) KAWAL AKTIVITI ORANG TENGAH - KOSMO - 27/06/2019


Artikel oleh: Kosmo

KAWAL AKTIVITI ORANG TENGAH

5022) PERJUMPAAN DENGAN JABATAN PENJARA MALAYSIA - PPIM - 27/06/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru mengadakan satu perjumpaan dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi membincangkan halatuju program melatih bekas banduan untuk kembali bekerja.

Perjumpaan awal pagi tadi yang berlangsung di Penjara Kajang melihatkan komitmen pihak Jabatan Penjara dan PPIM dalam usahasama tersebut.

Program itu dirangka untuk memberi  kesedaran kepada  masyarakat dan majikan mengenai memberi banduan peluang dalam kehidupan dan tidak lagi terjebak dalam aktiviti yang tidak diingini setelah dibebaskan daripada penjara.

Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ialah PKK M. Basakaran A/L S. Muthiah, Timbalan Pengarah Penjara Kajang dan Kamarul Efzan bin Johori, Penguasa Penjara Kajang.


5021) SINDIKET PENIPUAN PELABURAN KEMBALI BERLELUASA - SIDANG MEDIA PPIM - 27/06/2019


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) amat bimbang dengan sindiket penipuan pelaburan yang masih berleluasa. PPIM masih menerima aduan dari mangsa seluruh Malaysia terutama di bahagian pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak.

Menurut Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan, seramai lebih 60 mangsa telah tampil membuat aduan kepada PPIM melibatkan kerugian lebih RM1.5 juta.

“Ini yang tampil membuat aduan, kita bimbang jika ada lagi mangsa yang belum sedar mereka ditipu atau malu untuk membuat laporan polis atau memohon bantuan,” katanya.
Lebih membimbangkan sindiket ini masih aktif mengiklankan skim pelaburan ini dan masih ramai mangsa baru akan ditipu.

“Mangsa kebanyakkan golongan bekerja berusia antara 35 hingga 60 tahun, usia produktif di negara ini. Dan kami mengesan sindiket ini sudah bertapak sejak 2016, namun mereka masih berani menjalankan kerja-kerja merekrut mangsa baru,” katanya di sidang media di sini hari ini.

Selain sindiket penipuan pelaburan, Nadzim berkata pihaknya turut mendapat aduan dari 164 orang mangsa yang mendakwa ditipu skim pelaburan tapak iklan secara online melibatkan kerugian lebih RM1.2 juta dan mangsa berasal dari seluruh negara dengan kebanyakkan dari negeri Perak.

“Sindiket ini lebih licik, menjalankan aktiviti online dengan menawarkan pelaburan market place dan disusuli dengan skim pelaburan penternakan, seterusnya bagi mengelak membayar dividen keuntungan mereka akan mendakwa projek penternakan itu ditipu,” katanya.

Tambah Nadzim lagi, sindiket ini bijak mengaburi mata rakyat dengan mengaku sebagai mangsa penipuan sedangkan mereka sendiri yang melakukan penipuan terhadap pelabur.
PPIM mendesak agar tindakan pantas dan menyeluruh oleh pihak berkuasa serta kepekaan oleh pengguna untuk tidak terlibat dalam skim tersebut.

”Kita mahu rakyat semak dahulu dengan pihak berwajib samada skim yang bakal mereka sertai adalah sah dari segi undang-undang dan bukan skim penipuan,” katanya.




Wednesday, June 26, 2019

5020) AUTHORITIES SHOULD EDUCATE DURIAN MIDDLEMEN - PPIM - BERNAMA - 26/06/2019


MELAKA, June 26 (Bernama) – The onset of every durian season for the past few years have been met with a furore over high prices of the King of Fruits.

Complaints were heard nationwide over durians being priced according to weight, making it unbearably expensive, especially for those from the lower income group.

A survey by Bernama found that most consumers and durian farmers blame the middlemen or wholesalers who buy durians at a low price and re-sell them on very high margins.

Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) President Datuk Nadzim Johan said the problem would continue if no action were taken by the authorities although durian was not a controlled item and its price was fixed based on the market supply and demand.

“To me, Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry should have intervention such as conducting business ethics course for durian wholesalers,” he said when contacted by Bernama here today.


Nadzim said those involved in the durian trade should be aware that although business is all about making a profit, the price should not be burdensome for the man on the street.

“For now, consumers could try to mitigate this issue by going straight to durian farms and buying fresh durians straight from the producer,” he said.

Meanwhile, a consumer from Bukit Baru, Melaka, who wants to be known only as Rizal, 42, said that it was unfair for traders to sell durians based on its weight as the bulk of the weight would come from the husk.

“A medium-sized durian could weigh about 2kg and the price of a local “kampung” durian is around RM6 to RM8 per kg, so consumers would end up having to pay between RM12 and RM16 for one single durian, and this is quite expensive for this variety,” he said.

A durian seller, Hassan, 40, meanwhile said that the current price was reasonable as consumers can choose from various grades and sizes.

“Based on my experience, a grade B cleaned durian is sold to wholesalers at RM1.20 to RM1.50 per kg and it is then sold to resellers at RM3.20 to RM3.50 per kg to cover transportation and other costs.

“By the time it is sold to consumers, it is fair that the price would reach between RM6.40 and RM7 per kg after factoring in risks of spoiled fruits and transportation costs,” he said.

-- BERNAMA 


Article by: BERNAMA 

AUTHORITIES SHOULD EDUCATE DURIAN MIDDLEMEN

http://www.bernama.com/en/news.php?id=1739303

5019) AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA 'ORANG TENGAH' YANG SENGAJA NAIKKAN HARGA DURIAN - PPIM - BERNAMA - 26/06/2019


MELAKA, 26 Jun (Bernama) – Rungutan harga durian mahal dan membebankan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana akan terus berulang sekiranya tiada tindakan pihak berkuasa terhadap ‘orang tengah’ yang sewenang-wenangnya menaikkan harga, kata Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.

“Bagi pendapat saya, selain penguatkuasaan undang-undang dan tindakan tegas terhadap penjual yang menipu dalam timbangan, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) boleh mengambil tindakan awal seperti menganjurkan kursus asas etika perniagaan kepada mereka yang ingin terlibat sebagai orang tengah dalam pasaran durian tempatan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Nadzim berkata beliau tidak menafikan bahawa peranan orang tengah penting bagi membawa masuk bekalan durian dari kebun-kebun ke pasaran, namun tidak wajar sekiranya mereka mengambil untung berlipat kali ganda sehingga membebankan pengguna.

“Mengambil untung tidak salah, namun janganlah sampai membebankan pengguna yang akhirnya merugikan semua pihak,” katanya yang turut mencadangan pihak kerajaan memberi pendidikan awal etika perniagaan untuk melahirkan peniaga yang jujur.

“Daripada pemerhatian saya, agak sukar mencari peniaga yang jujur di negara ini, jadi perkara ini perlu segera diperbaiki bagi melahirkan peniaga yang mempunyai etika pada masa depan,” katanya.

“Tidak wajar sekiranya pengguna terus memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang sebaliknya mereka perlu memberi peluang kepada pihak berkuasa untuk bertindak terlebih dahulu atau pengguna boleh mengambil tindakan tidak membeli durian timbang terlebih dahulu sehingga harga turun atau membeli terus daripada pekebun bagi mendapat harga yang lebih rendah,” katanya ketilka diminta mengulas mengenai desakan beberapa pihak meminta pengguna memboikot peniaga yang menjual durian secara timbang.

Beliau menggalakkan pekebun dan penanam durian menjual terus hasil tanaman mereka kepada pengguna bagi mengecilkan kuasa orang tengah yang ingin mendapat keuntungan lebih.

Sementara itu, tinjauan rambang Bernama mendapati kebanyakan pengguna dan pekebun durian menyalahkan ‘orang tengah’ atau pemborong dalam isu kenaikan harga durian kerana mereka membeli pada harga rendah tetapi menjualnya pada harga berlipat kali ganda.

Seorang peminat durian dari Bukit Baru, Melaka yang ingin dikenali sebagai Rizal, 42, berkata adalah tidak adil peniaga menjual durian secara timbang kerana yang berat bukan isi tetapi kulitnya.

“Jika ditimbang, sebiji durian bersaiz sederhana boleh mencapai berat sehingga dua kilogram, harga pasaran durian kampung adalah sekitar RM6 hingga RM8 sekilo, jadi pengguna perlu menbayar sekitar RM16 hingga RM20 sebiji dan ianya agak mahal untuk durian kampung,” kata bapa kepada empat orang anak itu.

Peniaga durian yang hanya ingin dikenali sebagai ‘Hassan’, 40, berkata, beliau yang pernah menjadi orang tengah tahun lepas berpendapat harga pasaran durian sekarang tidaklah terlalu mahal dan pengguna mempunyai pilihanan untuk membeli durian mengikut gred dan jenis.

Pemborong bukan sengaja hendak menaikkan harga tetapi perlu untuk menampung kos pengangkutan dan risiko buah rosak, katanya dan menambah, harga antara RM6.40 dan RM7 sekilo adalah berpatutan kerana pekebun memerlukan modal besar untuk menanam dan menjaga pokok durian dan bukan semua orang mampu melakukanya.

-- BERNAMA

Artikel oleh: BERNAMA

AMBIL TINDAKAN TEGAS PADA 'ORANG TENGAH' YANG SENGAJA NAIKKAN HARGA DURIAN - PPIM

5018) CUKAI PERNIAGAAN ONLINE BANTU KEMAJUAN NEGARA - KOSMO - 26/06/2019


Artikel oleh: Kosmo

CUKAI PERNIAGAAN ONLINE BANTU KEMAJUAN NEGARA

Tuesday, June 25, 2019

5017) PAK DUAN HILANG SABAR! "MEH SINI AKU BASUH OTAK KAU" - TV.PPIM - 25/06/2019


Pak Duan Hilang Sabar! "Meh Sini Aku Basuh Otak Kau" Pembaziran merupakan sikap buruk yang boleh diubah. Ibubapa perlu menunjukan contoh yang baik & mendidik anak-anak mengenai kepentingan berjimat cermat & bertanggjawab. Jom kita bersama melakukan perubahan! "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" [Surah Al-Israk 27]

Artikel oleh: TV.PPIM

PAK DUAN HILANG SABAR! "MEH SINI AKU BASUH OTAK KAU"

5016) "SAKIT JANTUNG TENGOK BIL, GILA APA MACAM NI?“ - TOQQI KECEWA - TV.PPIM - 25/06/2019


"Sakit Jantung Tengok Bil, Gila Apa Mcm ni?“ - Toqqi Kecewa Kita sering mengeluh tentang kos sara hidup yg tinggi. Tapi rakyat Malaysia sanggup membazirkan 17 ribu tan makanan setiap hari dan merupakan pengguna air tertinggi didunia! Ini merupakan satu tabiat yang tidak sihat! Jika kita ingin menjadi negara maju, Kita perlu ubah sikap dengan menjadi lebih bertanggjawab & berjimat cermat. "Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya" [Surah Al-Israk 27]

Artikel oleh: TV.PPIM

"SAKIT JANTUNG TENGOK BIL, GILA APA MACAM NI?“ - TOQQI KECEWA



PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL