Saturday, December 27, 2014

2291) BERNAMA - 23/12/2014 - Rakyat Malaysia Kurang Prihatin Dengan Mangsa Banjir Di Negara Sendiri


KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kesal dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang tidak prihatin dengan kesengsaraan yang ditanggung mangsa banjir di Pahang, Kelantan, Johor dan Kedah sekarang.

Pengarah Projek PPIM Noor Nirwandy Mat Nordin berkata tinjauan persatuan mendapati sebahagian rakyat negara ini lebih bersedia membantu mangsa malapetaka di luar negara, contohnya banjir yang melanda Bangladesh baru-baru ini.

Katanya sumbangan yang diterima oleh rakyat luar jauh lebih banyak berbanding rakyat Malaysia

"Mereka menganggap mangsa banjir di negara sendiri ada bantuan daripada kerajaan jadi tidak perlu bagi apa-apa. Kita mesti mengutamakan negara sendiri jika sumbangan terlalu banyak baru kita agih kepada orang lain," katanya kepada pemberita di majlis pemberian sumbangan kepada mangsa banjir secara berkonvoi di ibu pejabat PPIM di sini hari ini.

Dalam pada itu, PPIM bersama SCS Komunikasi yang diketuai oleh Pengarah Pentadbiran SCS Komunikasi Mohd Nazli Yusoff menghantar bantuan kepada mangsa banjir yang bernilai RM100,000.

"Bantuan ini meliputi bot, enjin, jaket keselamatan, barang keperluan seperti selimut, lampin pakai buang dan makanan. Skuad bencana alam ini berkonvoi dengan 30 buah kenderaan pacuan empat roda dan satu lori ke Jerantut, Pahang untuk mengagihkan bantuan tersebut," katanya.

Konvoi ini mula berkumpul di ibu pejabat PPIM sejak pukul 9 pagi dan bertolak pukul 10.20 pagi.

Konvoi ini dilepaskan oleh Setiausaha PPIM Datuk Nadzim Johan dan turut diiringi oleh enam buah motosikal dari unit trafik PDRM. Mereka dijangka sampai lewat petang ini.

"Bantuan akan diserahkan kepada Exco Kerajaan Negeri Pahang Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail petang ini," kata Noor Nirwandy.

Dalam pada itu, Skuad Bencana Alam menerusi kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ini turut turun padang dalam usaha mengawal kenaikan harga barang.

Oleh yang demikian skuad ini akan mengambil tindakan sekiranya ada aduan daripada pengguna. Pengguna boleh menghubungi hotline PPIM 0193591000 @ 034256618 dan melayari laman web PPIM di www.muslimconsumer.net.org atau laman web SCS Komunikasi di www.scs.net.my.

-- BERNAMA



2290) AKTIVITI PPIM - 27/12/2014 - Ketua Aktivis PPIM di TV Hijrah Slot Kuasa Pengguna Membincangkan Tentang Kuasa Pembeli


Friday, December 26, 2014

2289) SINCHEW NETWORK NEWS - 24/12/2014 - Iraqi CASE Promote Modify Bankruptcy Act

(吉隆坡23日訊)馬來西亞伊斯蘭消費人協會要求政府重新審核不合時宜的破產法令,並指報窮司需設立報窮委員會(Suruhanjaya Insolvensi),以便為為破產者提供適合的協助平台。


納辛佐漢(中)要求政府重新檢討1967年破產法令及作出修改,以保障破產者的利益。左為賽卡林,右為莫哈末慕斯達法。(圖:星洲日報


他說,1967年破產法令早年制定,而且在實施程序上存有漏洞,希望政府能夠給予關注以及作出修改。
馬來西亞伊斯蘭消費人協會主席拿督納辛佐漢今日召開新聞發佈會說,根據報章的破產通知啟事來估計,我國每日約有170人因即將破產及涉及破產,過去3個月每日竟高達200宗,相信大部份人士是在不知情下被宣佈破產。
“報窮局官員在實施程序上存在紕漏,當銀行把傳票發到錯誤地址而無法交到欠債人的手上,欠倩人因為不知情也沒有出庭聆審訊,出現“突然破產”的情況。”
(星洲網)

Thursday, December 25, 2014

2287) BERITA PPIM - 23/12/2014 - Laporan Polis Terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Yang Mempermainkan Kalimah Allah


Aktivis PPIM
Yusuf Azmi

"Saya menegaskan disini. Agar ketua menteri Pulau Pinang, jangan mempermainkan isu Agama dalam penggunaan Kalimah Allah di dalam kitab Bible di Pulau Pinang. 

Sebagai pemimpin seharusnya beliau menunjukkan sikap perpaduan bangsa dan agama dalam memperkukuhkan kekuatan masyarakat berbilang bangsa.

Jadi di sini kami Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan NGO NGO Islam serta Pekida Malaysia.
Menyeru agak parti parti politik jangan memperdagangkan isu penggunaan Kalimah Allah. Kerana ia menimbulkan sensentif kepada seluruh masyarakat melayu dan seluruh negara yang beragama islam."

2286) AKTIVITI PPIM - 24/12/2014 - Mesyuarat Akhir Biro Unit Tindakan Khas PPIM


2285) AKTIVITI PPIM - 24/12/2014 - Mesyuarat Mingguan Sekretariat


Antara yang dibincang oleh Ketua Aktivis PPIM bersama lebih kurang 35 aktivis dan sukarelawan adalah mengenai perancangan 2015 bagi setiap biro dan azam pada 2015.

2284) AKTIVITI PPIM - Sukarelawan PPIM Membantu Mangsa Banjir Di Sungai Siput, Perak

 
 


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL