Monday, August 5, 2019

5129) ADUAN KES AHLONG MENINGKAT: PPIM - SINAR HARIAN - 04/08/2019


KUALA LUMPUR - Aduan kes ah long meningkat selepas musim perayaan, kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Nadzim berkata, peminjam memohon pertolongan PPIM selepas tidak mampu membuat pembayaran.

Menurutnya, ada kes melibatkan peminjam perlu menjelaskan hutang hingga puluhan ribu ringgit sedangkan pinjaman yang dibuat hanyalah RM1,000.

"Bila ah long tak dibanteras, mereka menjadi semakin garang, menggunakan gangsterisme, ugutan sehingga ada kes libatkan kematian.

"Saya harap Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador maklum dengan isu ini dan akan ada usaha membanteras penipuan ah long," katanya sebagai panel pada program Jom Sarapan Nasi Lemak Kopi O @ PZ cafe Western Food Keramat di sini hari ini.

Pengerusi Akademik Darul Muhibbin, Ahmad Shadan Alhadrami bertindak sebagai moderator dalam sesi dialog yang berlangsung selama dua jam itu bermula jam 9 pagi.

Nadzim berkata, setiap hari PPIM menerima lebih 50 aduan melibatkan kes penipuan dan scam serta pinjaman ah long.

"Kita jangan terpedaya, orang yang nak menipu ini sepuluh langkah ke depan dari kita. Mereka tak bawa kita ke pejabat dan menggunakan nombor telefon palsu.

"Bila semak nombor telefon, ia didaftarkan oleh orang lain. Inilah yang berlaku bila undang-undang diambil mudah dan penipuan terus berlaku," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian 

ADUAN KES AHLONG MENINGKAT: PPIM


5128) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PRESIDEN PERMATA AL-QURAN DAN KUMPULAN TAHFIZ - PPIM - 05/08/2019

Baru-baru ini telah berlangsungnya satu perjumpaan antara Toqqi bersama Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (Permata Al-Quran), Ustaz Manolito Mohd Dahlan dan kumpulan tahfiz membincangkan isu-isu Maahad Tahfiz yang sedang melanda negara ini.

5127) SIFAT TAMAK PENGGUNA DITIPU PENIAGA ATAS TALIAN - TV PPIM - 04/08/2019

5126) NASI LEMAK KOPI O @ PZ CAFE WESTERN FOOD KERAMAT - PPIM - 05/08/2019

Telah berlangsung semalam, program "Nasi Lemak Kopi O" di PZ Cafe Western Food Keramat.

Tajuk : BERKORBAN ATAU TERKORBAN 'Membongkar Penipuan & Scammer'.

Moderator : Ustaz Ahmad Bin Shadan Alhadrami (Penasihat Agama Biro Dakwah PPIM).

Panel : Toqqi, Ketua Aktivis PPIM.

Turut serta Jemaah Balai Polis Hulu Klang.


Nasi Lemak / Kopi O disediakan, anjuran :

Akademi Darul Muhibbin
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
Zainal Canopy AU3


5125) NASI LEMAK KOPI O DIPUJI PENGGUNA - TV PPIM - 02/08/2019

5124) GURU MANGSA IBU BAPA HAPRAK! - TV. PPIM - 03/08/2019


Baru-baru ini tular di media sosial, video seorang guru diserang dan diheret oleh dua lelaki. Kejadian yang berlaku di Bachok, Kelantan itu berpunca kerana salah faham apabila isterinya memaklumkan dia diserang oleh guru tersebut. Video berdurasi 3 minit 23 saat itu turut viral di laman Twitter sehingga mendapat lebih 130 ribu tontonan. Rata-rata tidak bersetuju dengan tindakan penyerang apabila menggunakan kekerasan terhadap guru terbabit.


Artikel oleh: TV. PPIM

GURU MANGSA IBU BAPA HAPRAK!

Friday, August 2, 2019

5123) NASI LEMAK KOPI O BERSAMA TOQQI - PPIM - 02/08/2019

Sesi "Nasi Lemak Kopi O" hari ini meriah dengan pengenalan kepada banyak produk yang diusahakan oleh peniaga Muslim.

Turut hadir Datuk Hj Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato Rahim Osman dari Yayasan Peneraju Keusahawanan, Ustaz Johari Morad dari GISB, dan ramai lagi penggiat industri yang sama-sama menyokong usahawan yang membayar zakat. 

Semoga semua usahawan Muslim akan terus berjaya dan menawan sektor perniagaan masing-masing.


5122) PENDIDIKAN JADI SOLUSI TERBAIK - SINAR HARIAN - 02/08/2019



Artikel oleh: Sinar Harian

PENDIDIKAN JADI SOLUSI TERBAIK

5121) WAFIQ TERIMA BANYAK ADUAN PEKERJA DILARANG BERHIJAB - SINAR HARIAN - 01/08/2019


SHAH ALAM - Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (Wafiq) menerima banyak aduan daripada pekerja swasta terutama sektor perhotelan yang mendakwa mereka dilarang untuk memakai hijab ketika bekerja.

Exco Belia dan Media Wafiq, Nur Farihah Meor Mazli berkata, sejak akhir 2017 hingga awal 2018, aduan berkaitan larangan itu banyak diterima apabila pengadu mendakwa larangan itu termaktub dalam polisi hotel.

"Hotel-hotel ini telah kenakan polisi tidak boleh memakai tudung ketika bekerja, baik yang bekerja di bahagian pentadbiran mahupun yang duduk di kaunter hadapan hotel.

“Jadi bila kita lihat adik dan kakak kita serta ada juga pelajar yang memohon menjalani latihan industri di hotel mengadu mereka dikenakan syarat tidak boleh memakai hijab, maka kita rasa ia amat bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.

“Larangan itu juga jelas satu bentuk diskriminasi, sedangkan dalam Perlembagaan Persekutuan telah ada peruntukan tidak boleh ada diskriminasi terhadap agama dan juga pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar ke-119 membawakan tajuk ‘Diskriminasi Agama Masih Berlaku?’ di Studio C, Kompleks Media Karangkraf di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nur Farihah berkata, Wafiq yang ditubuhkan membela isu-isu berkaitan wanita, kekeluargaan dan pendidikan telah membawa isu larangan itu ke peringkat lebih tinggi.

“Kami melakukan pertemuan dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

“Kami juga melakukan pertemuan dengan pihak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof mengenai hal tersebut,” katanya.

Nur Farihah berkata, hasilnya pada Mac lalu, pihak hotel yang terlibat telah menarik balik polisi tersebut dan membenarkan pekerja mereka mengenakan hijab ketika bekerja.

“Alhamdulillah setelah usaha Wafiq bertemu sendiri pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak menteri, akhirnya kami terima berita baik pada Mac lalu di mana pihak hotel membuang polisi larangan berhijab itu.

“Maka pada pandangan kami, segala solusi setiap isu boleh segera diselesaikan jika ada kerjasama antara kerajaan, pihak swasta dan NGO,” katanya.



Artikel oleh: Sinar Harian

WAFIQ TERIMA BANYAK ADUAN PEKERJA DILARANG BERHIJAB

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL