Showing posts with label SAF SOLAT. Show all posts
Showing posts with label SAF SOLAT. Show all posts

Wednesday, March 9, 2022

PERMUDAHKAN UMAT ISLAM MENUNAIKAN SOLAT DI MASJID DAN SURAU - KENYATAAN MEDIA PPIM - 09/03/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengalu-alukan langkah kerajaan menghapuskan penjarakan sosial bagi jemaah di Masjid dan Surau seluruh negara.

Pengumuman Perdana Menteri itu mengembalikan sedikit suasana ceria di masjid dan surau terutama menjelang Ramadan pada April akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas keprihatinan tersebut.

"Walau bagaimanapun, tidak ada kenyataan atau arahan yang jelas berkenaan syarat keperluan vaksin Covid-19 atau suntikan tambahan vaksin sebagai syarat kebenaran memasuki masjid dan surau," jelasnya.

Tambah Nadzim lagi, selain kelonggaran penjarakan fizikal, kerajaan turut melonggarkan syarat wajib menggunakan aplikasi MySejahtera di tempat terbuka awam kecuali yang menjadi tumpuan orang ramai.

PPIM mencadangkan AJK Masjid dan Surau serta Jabatan Agama Negeri-Negeri mengambil kira kelonggaran ini sebelum menetapkan syarat yang tidak masuk akal.

"Permudahkanlah urusan umat Islam mahu menunaikan solat, jika takut sangat dengan virus Covid-19 itu, mungkin AJK Masjid dan Surau boleh sediakan laluan dan ruang solat yang berasingan untuk mereka yang tidak lengkap vaksin," katanya.

Nadzim turut menegur sikap segelintir pemilik premis yang masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) lama dengan alasan ia adalah arahan pihak pengurusan.

Baru - baru ini tular di media sosial, seorang pelanggan IKEA di Cheras mendakwa dihalang masuk ke surau oleh pekerja gudang perabot dan hiasan rumah itu.

"Menurut pengadu, pekerja IKEA tidak pedulikan waktu solat pelanggan dan tidak mengendahkan rayuan pelanggan yang mahu menunaikan solat yang kurang 15 minit sahaja walaupun mereka sudah beratur lebih satu jam," katanya.

Kepada pengguna beragama Islam, eloklah kita mengelakkan pergi ke premis seperti ini. Banyak lagi perniagaan yang menawarkan produk sepertimana IKEA di sekitar Lembah Klang dan seluruh negara.

"Mereka tak hargai pelanggan beragama Islam, eloklah kita hentikan berurusan dengan mereka," katanya.

Monday, December 27, 2021

6140) TIMBANG SEMULA KEPUTUSAN TANGGUH KEBENARAN RAPAT SAF SOLAT JEMAAH - SINAR HARIAN - 26/12/2021

 

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menzahirkan rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Kesihatan (KKM) yang disifatkan masih melengah-lengahkan kebenaran untuk merapatkan saf solat jemaah di masjid dan surau seluruh negara.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, alasan yang diberikan iaitu untuk menilai situasi varian terbaru Covid19, Omicron, amat lemah setelah berapa jabatan agama negeri sudah pun bersedia untuk melaksanakan solat dengan kapasiti penuh serta merapatkan saf.

"Kami berharap agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin Abu Bakar mempertimbangkan semula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan solat secara berjemaah yang diperintahkan oleh ALLAH SWT ini dan menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) yang lebih berkesan.

"Kami difahamkan pihak jawatankuasa masjid di beberapa buah negeri sudah pun bersedia untuk melaksanakan apa jua SOP tambahan bagi mengembalikan semula syariat ibadah solat berjemaah yang sangat dituntut ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Pada masa sama, beliau turut menggesa agamawan supaya memberikan kesedaran dan kewajaran dalam mengembalikan semula unsur pengimarahan masjid melalui kaedah solat berjemaah yang disarankan.

"Saya meminta agar para agamawan dan alim ulama supaya tampil untuk memberikan kesedaran dan kewajaran bagi menimbang secara serius untuk solat berjemaah menurut cara yang telah ditetapkan iaitu dengan saf yang rapat, dan tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kesihatan semata-mata," ujarnya.

Pada 16 Disember lalu, Khairy Jamaludin dilapor berkata, KKM memerlukan tempoh masa beberapa minggu lagi sebelum mengeluarkan nasihat berhubung kebenaran merapatkan saf bagi jemaah di masjid.

Tempoh masa itu diperlukan pihaknya untuk memantau kesan gelombang Omicron terlebih dahulu sebelum mengeluarkan nasihat berhubung isu saf di masjid.


Artikel oleh: Sinar Harian

TIMBANG SEMULA KEPUTUSAN TANGGUH KEBENARAN RAPAT SAF SOLAT JEMAAH

https://www.sinarharian.com.my/article/179951/BERITA/Nasional/Timbang-semula-keputusan-tangguh-kebenaran-rapat-saf-solat-jemaah

6139) PPIM KECEWA KEBENARAN RAPATKAN SAF MASIH BELUM DIPUTUSKAN - MALAYSIA POST - 26/12/2021

 

PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melahirkan rasa kecewa terhadap Kementerian Kesihatan (KKM) yang didakwa melengah-lengahkan keputusan untuk membenarkan saf secara rapat solat jemaah di masjid dan surau di seluruh negara.

Kekecewaan itu diluahkan Presidennya, Datuk Nadzim Johan susulan alasan diberikan KKM iaitu untuk menilai situasi varian Omicron, sedangkan beberapa jabatan agama negeri telah bersedia melaksanakan solat dengan kapasiti penuh serta merapatkan saf.

“Kami berharap agar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin mempertimbangkan semula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan solat secara berjemaah yang diperintahkan Allah SWT ini dan menggariskan beberapa prosedur operasi standard (SOP) lebih berkesan.

“Kami difahamkan pihak jawatankuasa masjid di beberapa negeri sudah pun bersedia untuk melaksanakan apa jua SOP tambahan bagi mengembalikan semula syariat ibadat solat berjemaah yang sangat dituntut ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nadzim turut menggesa agamawan supaya memberi kesedaran dan kewajaran dalam mengembalikan unsur pengimarahan masjid melalui kaedah solat berjemaah yang disarankan.

“Saya meminta agar para agamawan dan alim ulama supaya tampil untuk memberi kesedaran dan kewajaran bagi menimbang secara serius solat berjemaah menurut cara yang ditetapkan iaitu dengan saf yang rapat dan tidak hanya dipertanggungjawabkan kepada Menteri Kesihatan semata-mata,” katanya.

Pada 16 Disember lalu, Khairy menjelaskan, KKM memerlukan tempoh masa beberapa minggu lagi sebelum mengeluarkan nasihat berhubung kebenaran merapatkan saf bagi jemaah di masjid.

Tempoh masa itu diperlukan untuk memantau kesan gelombang Omicron sebelum mengeluarkan nasihat berhubung isu saf di masjid.


Artikel oleh: Malaysia Post

PPIM KECEWA KEBENARAN RAPATKAN SAF MASIH BELUM DIPUTUSKAN

https://malaysiapost.com.my/2021/12/26/ppim-kecewa-kebenaran-rapatkan-saf-masih-belum-diputuskan/

6138) TIMBANG SEMULA PENANGGUHAN KEBENARAN RAPATKAN SAF SOLAT - PPIM - SUMBERKINI - 26/12/2021

 

PETALING JAYA: Kecewa dengan penangguhan kebenaran merapatkan saf solat jemaah di masjid dan surau, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) gesa keputusan tersebut dipertimbangkan semula.

Menurut ketua aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, alasan menilai situasi varian Omicron adalah lemah setelah berapa jabatan agama negeri sudah pun bersedia untuk melaksanakan solat dengan kapasiti penuh serta merapatkan saf.

“Kami berharap agar YB Khairy menimbang semula keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan solat secara berjemaah yang diperintahkan oleh Allah ini dan menggariskan beberapa SOP yang lebih berkesan.

“Kami difahamkan pihak jawatankuasa masjid di beberapa buah negeri sudah pun bersedia untuk melaksanakan apa jua SOP tambahan bagi mengembalikan semula syariat ibadah solat berjemaah ini,” katanya dalam kenyataan pada hari Ahad.

Dalam pada itu, PPIM juga menggesa para agamawan supaya mengembalikan semula unsur pengimarahan masjid melalui kaedah solat berjemaah yang disarankan.

“Saya meminta agar para agamawan dan alim ulama supaya tampil memberi kesedaran dan kewajaran bagi menimbang secara serius untuk solat berjemaah menurut cara dengan saf yang rapat,” katanya lagi.

Kredit Gambar: Berita Harian


Artikel oleh: Sumberkini

TIMBANG SEMULA PENANGGUHAN KEBENARAN RAPATKAN SAF SOLAT - PPIM

https://sumberkini.my/timbang-semula-penangguhan-kebenaran-rapatkan-saf-solat-ppim/


Friday, December 10, 2021

6086) SAF SOLAT DAN 'SAF' BOLA: TOLONG HENTIKAN SANDIWARA INI! - PPIM - SAMUDERA.MY - 09/12/2021

 

Perlawanan bola sepak antara pasukan JDT dengan pasukan KL City telah membuatkan pengguna dan rakyat tertanya-tanya apakah sudah ada kelonggaran Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika kita masih bergelut dengan wabak COVID-19?

Sering kita menyaksikan satu sandiwara SOP di lapangan-lapangan terbang di mana sebelum menaiki pesawat para penumpang dikehendaki mematuhinya tetapi duduk bersebelahan di kabin.

Begitu juga keadaannya bila beberapa kelonggaran pergerakan diumumkan kita dapat melihat akan pelanggaran SOP di pasaraya-pasaraya, pasar-pasar malam dan lain-lain tempat tumpuan orang ramai.

Namun, keadaan tidak pula di masjid-masjid kerana pihak jawatankuasanya bertegas menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf-saf yang berjarak 1-1.5 meter antara jemaah.

Jelas kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seolah-olah sedang mempersendakan SOP yang telah ditetapkan dalam menentukan jarak ‘saf’ bola dan saf untuk solat. Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid-masjid dan surau-surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain.

Kami menggesa agar pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula penguatkuasaan SOP di semua premis, dalam apa jua keadaan agar ia tidak kelihatan seperti sebuah jenaka.

Rakyat kini kian bosan dengan keadaan ini dan pihak kerajaan seolah-olah tidak begitu teliti dan peka terhadap perbezaan dari sudut layanan terhadap beberapa keadaan, terutama yang melibatkan aktiviti yang boleh merangsang ekonomi.

Masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa-apa manfaat ekonomi maka SOPnya perlu ketat kerana ramai atau sedikitnya jemaah tidak memberikan kesan yang ketara.

Jikalau inilah sikap kerajaan maka ia adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini dan lakonan sandiwara COVID-19 ini perlu dihentikan segera!

Artikel oleh : Samudera.my

SAF SOLAT DAN 'SAF' BOLA: TOLONG HENTIKAN SANDIWARA INI! - PPIM

https://www.samudera.my/saf-solat-dan-saf-bola-tolong-hentikan-sandiwara-ini/

Thursday, December 9, 2021

6081) 'KENAPA SAF MASJID MASIH 1 METER, VIRUS TAK MINAT DEKAT PREMIS LAIN KE? - MAJORITI - 08/12/2021

 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa supaya mengkaji semula penguatkuasaan standard operasi prosedur (SOP) di semua premis dalam apa jua keadaan supaya ia tidak kelihatan seperti sebuah jenaka.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membangkitkan perkara itu, apabila membandingkan penjarakan fizikal yang tidak sama ketika orang ramai berada di beberapa premis dengan para jemaah yang menunaikan solat di masjid.

PPIM mendakwa, terdapat pelanggaran SOP di pasaraya, pasar malam serta tempat tumpuan orang ramai yang lain selepas beberapa kelonggaran pergerakan diumumkan.

Katanya, perkara sama berlaku di lapangan terbang, yang mana para penumpang dikehendaki mematuhi SOP sebelum menaiki pesawat, namun mereka duduk bersebelahan di kabin.

"Perlawanan bola sepak antara pasukan JDT dengan pasukan KL City telah membuatkan pengguna dan rakyat tertanya-tanya apakah sudah ada kelonggaran SOP ketika kita masih bergelut dengan wabak Covid-19?" soalnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Namun, katanya, keadaan berbeza apabila jawatankuasa di masjid-masjid bertegas untuk menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf-saf yang berjarak antara 1 hingga 1.5 metet antara jemaah.

"Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid-masjid dan surau-surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain," katanya kesal.

Mengulas lanjut, PPIM berkata, rakyat kini bosan dengan keadaan itu manakala kerajaan disifatkan seolah-olah tidak begitu teliti dan peka terhadap perbezaan dari sudut layanan terhadap beberapa keadaan, terutama yang melibatkan aktiviti merangsang ekonomi.

"Masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa- apa manfaat ekonomi maka SOPnya perlu ketat kerana ramai atau sedikitnya jemaah tidak memberikan kesan yang ketara.

"Jikalau inilah sikap kerajaan, maka ia adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini. Lakonan sandiwara Covid-19 ini perlu dihentikan segera," tegasnya.


Artikel oleh: Majoriti

'KENAPA SAF MASJID MASIH 1 METER, VIRUS TAK MINAT DEKAT PREMIS LAIN KE?

https://majoriti.com.my/berita/2021/12/08/039kenapa-saf-masjid-masih-1-meter-virus-tak-minat-dekat-premis-lain-ke039

6080) HENTI SEGERA 'SANDIWARA' SOP DI MASJID!: PPIM - ISMAWEB - 08/12/2021

 

BANGI, 3 Jamadilawal 1443H, Rabu – Biarpun kadar kes jangkitan harian COVID-19 masih belum turun daripada empat angka, Malaysia bagaimanapun sedang melalui fasa pemulihan atau endemik ke arah kembali kepada kehidupan normal dengan pelbagai kelonggaran dibenarkan.

Sejak Oktober lalu, pelbagai sektor khususnya ekonomi, pelancongan termasuk sukan dan hiburan sudah kembali rancak beroperasi seperti biasa dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Walaupun kelonggaran itu ‘melegakan’ rakyat, namun masih timbul tanda tanya terhadap pelaksanaan SOP ke atas aktiviti masjid khususnya solat berjemaah yang dilihat seperti tidak adil.

Lebih menghairankan apabila perbezaan kelonggaran SOP itu dilihat ketara ketika perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City baru-baru ini, sedangkan masjid masih ‘diikat’ dengan pematuhan saf berjarak 1.0 hingga 1.5 meter antara jemaah.

Atas sebab itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengkaji semula penguatkuasaan SOP di semua premis supaya tidak dilihat sebagai satu ‘jenaka’.

“Jelas kini pihak KKM seolah-olah sedang mempersendakan SOP yang telah ditetapkan dalam menentukan jarak ‘saf bola dan saf untuk solat’.

“Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid-masjid dan surau-surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bukan hanya di stadium, PPIM berkata, perbezaan pelaksanaan SOP itu juga dilihat turut berlaku di dalam pesawat penerbangan, pasaraya dan pusat membeli-belah.

“Namun, keadaan tidak pula di masjid-masjid kerana pihak jawatankuasa bertegas menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf-saf yang berjarak 1.0 hingga 1.5 meter antara jemaah.

“Rakyat kini bosan dengan keadaan ini dan pihak kerajaan seolah-olah tidak begitu teliti dan peka terhadap perbezaan dari sudut layanan terhadap beberapa keadaan, terutama yang melibatkan aktiviti boleh merangsang ekonomi,” katanya.

PPIM berkata, masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa-apa manfaat ekonomi, maka disebabkan itu SOP berkenaan perlu ketat kerana ia tidak memberi kesan ketara.

“Jikalau inilah sikap kerajaan maka ia adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini dan lakonan sandiwara COVID-19 ini perlu dihentikan segera,” katanya.


Artikel oleh: Ismaweb

HENTI SEGERA 'SANDIWARA' SOP DI MASJID!: PPIM

https://ismaweb.net/2021/12/08/henti-segera-sandiwara-sop-di-masjid-ppim/

Wednesday, December 8, 2021

6079) BERITA 757 | PPIM DESAK KERAJAAN KAJI SEMULA SOP - BERITA 757 - 08/12/2021

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak kerajaan agar mengkaji semula penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) berhubung aktiviti keagamaan di masjid dan tempat solat seperti saf solat.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan PPIM hari ini, kelonggaran SOP yang diberikan kerajaan ketika ini seolah-olah sebuah sandiwara apabila tempat tumpuan umum seringkali berlaku pelanggaran SOP seperti pasaraya.

“Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seolah-olah sedang mempersendakan SOP yang telah ditetapkan dalam menentukan ‘saf’ bola dan saf solat.

“Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid dan surau seolah menampakkan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain itu, PPIM turut mempersoal pihak kerajaan tentang perbezaan sudut layanan beberapa keadaan, terutama aktiviti yang melibatkan rangsangan ekonomi.

#Berita757

#RakyatKeutamaanKami


Artikel oleh: Berita 757

BERITA 757 | PPIM DESAK KERAJAAN KAJI SEMULA SOP

https://www.facebook.com/berita757/posts/234735988787950

6078) SAF SOLAT DAN SAF BOLA: TOLONG HENTI SANDIWARA INI - THE MALAYSIAN INSIGHT - 08/12/2021

 

PERLAWANAN bola sepak antara pasukan JDT dengan KL City membuatkan pengguna dan rakyat tertanya-tanya apakah sudah ada kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) ketika kita masih bergelut dengan wabak Covid-19?  

Sering kita menyaksikan satu sandiwara SOP di lapangan-lapangan terbang di mana sebelum menaiki pesawat para penumpang dikehendaki mematuhinya tetapi duduk bersebelahan di kabin.  

Begitu juga keadaannya bila beberapa kelonggaran pergerakan diumumkan kita dapat melihat akan pelanggaran SOP di pasaraya, pasar malam dan lain-lain tempat tumpuan orang ramai.  

Namun keadaan tidak pula di masjid kerana pihak jawatankuasanya bertegas menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf yang berjarak 1 hingga 1.5 meter antara jemaah.  

Jelas kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seolah-olah sedang mempersendakan SOP yang telah ditetapkan dalam menentukan jarak ‘saf’ bola dan saf untuk solat.
 
Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid dan surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat awam lain.  

Kami menggesa agak pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara mengkaji semula penguatkuasaan SOP di semua premis, dalam apa jua keadaan agar ia tidak kelihatan seperti sebuah jenaka.  

Rakyat kini kian bosan dengan keadaan ini dan pihak kerajaan seolah-olah tidak begitu teliti dan peka terhadap perbezaan dari sudut layanan terhadap beberapa keadaan, terutama yang melibatkan aktiviti yang boleh merangsang ekonomi.

Masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa apa manfaat ekonomi maka SOPnya perlu ketat kerana ramai atau sedikitnya jemaah tidak memberikan kesan yang ketara.  

Jikalau inilah sikap kerajaan maka ia adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini dan lakonan sandiwara Covid-19 ini perlu dihentikan segera! – 8 Disember, 2021.

* Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).


Artikel oleh: The Malaysian Insight

SAF SOLAT DAN SAF BOLA: TOLONG HENTI SANDIWARA INI

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/355484

6077) SAF SOLAT DAN ‘SAF’ BOLA: TOLONG HENTIKAN SANDIWARA INI! - KENYATAAN AKHBAR PPIM 08/12/2021

Perlawanan bola sepak antara pasukan JDT dengan pasukan KL City telah membuatkan pengguna dan rakyat tertanya-tanya apakah sudah ada kelonggaran Prosedur Operasi Standard(SOP) ketika kita masih bergelut dengan wabak COVID-19?

Sering kita menyaksikan satu sandiwara SOP di lapangan-lapangan terbang di mana sebelum menaiki pesawat para penumpang dikehendaki mematuhinya tetapi duduk bersebelahan di kabin.

Begitu juga keadaannya bila beberapa kelonggaran pergerakan diumumkan kita dapat melihat akan pelanggaran SOP di pasaraya-pasaraya, pasar-pasar malam dan lain-lain tempat tumpuan orang ramai.

Namun, keadaan tidak pula di masjid-masjid kerana pihak jawatankuasanya bertegas menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf-saf yang berjarak 1-1.5 meter antara Jemaah.

Jelas kini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seolah-olah sedang mempersendakan SOP yang telah ditetapkan dalam menentukan jarak ‘saf’ bola dan saf untuk solat. Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid-masjid dan surau-surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain.

Kami menggesa agak pihak KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengkaji semula penguatkuasaan SOP di semua premis, dalam apa jua keadaan agar ia tidak kelihatan seperti sebuah jenaka.

Rakyat kini kian bosan dengan keadaan ini dan pihak kerajaan seolah-olah tidak begitu teliti dan peka terhadap perbezaan dari sudut layanan terhadap beberapa keadaan, terutama yang melibatkan aktiviti yang boleh merangsang ekonomi.

Masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa-apa manfaat ekonomi maka SOPnya perlu ketat kerana ramai atau sedikitnya Jemaah tidak memberikan kesan yang ketara.

Jikalau inilah sikap kerajaan maka ia adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini dan lakonan sandiwara COVID-19 ini perlu dihentikan segera!

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL