Showing posts with label SOP MASJID. Show all posts
Showing posts with label SOP MASJID. Show all posts

Wednesday, March 9, 2022

PERMUDAHKAN UMAT ISLAM MENUNAIKAN SOLAT DI MASJID DAN SURAU - KENYATAAN MEDIA PPIM - 09/03/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengalu-alukan langkah kerajaan menghapuskan penjarakan sosial bagi jemaah di Masjid dan Surau seluruh negara.

Pengumuman Perdana Menteri itu mengembalikan sedikit suasana ceria di masjid dan surau terutama menjelang Ramadan pada April akan datang.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi ingin mengucapkan tahniah kepada kerajaan atas keprihatinan tersebut.

"Walau bagaimanapun, tidak ada kenyataan atau arahan yang jelas berkenaan syarat keperluan vaksin Covid-19 atau suntikan tambahan vaksin sebagai syarat kebenaran memasuki masjid dan surau," jelasnya.

Tambah Nadzim lagi, selain kelonggaran penjarakan fizikal, kerajaan turut melonggarkan syarat wajib menggunakan aplikasi MySejahtera di tempat terbuka awam kecuali yang menjadi tumpuan orang ramai.

PPIM mencadangkan AJK Masjid dan Surau serta Jabatan Agama Negeri-Negeri mengambil kira kelonggaran ini sebelum menetapkan syarat yang tidak masuk akal.

"Permudahkanlah urusan umat Islam mahu menunaikan solat, jika takut sangat dengan virus Covid-19 itu, mungkin AJK Masjid dan Surau boleh sediakan laluan dan ruang solat yang berasingan untuk mereka yang tidak lengkap vaksin," katanya.

Nadzim turut menegur sikap segelintir pemilik premis yang masih menggunakan prosedur operasi standard (SOP) lama dengan alasan ia adalah arahan pihak pengurusan.

Baru - baru ini tular di media sosial, seorang pelanggan IKEA di Cheras mendakwa dihalang masuk ke surau oleh pekerja gudang perabot dan hiasan rumah itu.

"Menurut pengadu, pekerja IKEA tidak pedulikan waktu solat pelanggan dan tidak mengendahkan rayuan pelanggan yang mahu menunaikan solat yang kurang 15 minit sahaja walaupun mereka sudah beratur lebih satu jam," katanya.

Kepada pengguna beragama Islam, eloklah kita mengelakkan pergi ke premis seperti ini. Banyak lagi perniagaan yang menawarkan produk sepertimana IKEA di sekitar Lembah Klang dan seluruh negara.

"Mereka tak hargai pelanggan beragama Islam, eloklah kita hentikan berurusan dengan mereka," katanya.

Thursday, December 9, 2021

6081) 'KENAPA SAF MASJID MASIH 1 METER, VIRUS TAK MINAT DEKAT PREMIS LAIN KE? - MAJORITI - 08/12/2021

 

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) digesa supaya mengkaji semula penguatkuasaan standard operasi prosedur (SOP) di semua premis dalam apa jua keadaan supaya ia tidak kelihatan seperti sebuah jenaka.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membangkitkan perkara itu, apabila membandingkan penjarakan fizikal yang tidak sama ketika orang ramai berada di beberapa premis dengan para jemaah yang menunaikan solat di masjid.

PPIM mendakwa, terdapat pelanggaran SOP di pasaraya, pasar malam serta tempat tumpuan orang ramai yang lain selepas beberapa kelonggaran pergerakan diumumkan.

Katanya, perkara sama berlaku di lapangan terbang, yang mana para penumpang dikehendaki mematuhi SOP sebelum menaiki pesawat, namun mereka duduk bersebelahan di kabin.

"Perlawanan bola sepak antara pasukan JDT dengan pasukan KL City telah membuatkan pengguna dan rakyat tertanya-tanya apakah sudah ada kelonggaran SOP ketika kita masih bergelut dengan wabak Covid-19?" soalnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Namun, katanya, keadaan berbeza apabila jawatankuasa di masjid-masjid bertegas untuk menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf-saf yang berjarak antara 1 hingga 1.5 metet antara jemaah.

"Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid-masjid dan surau-surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain," katanya kesal.

Mengulas lanjut, PPIM berkata, rakyat kini bosan dengan keadaan itu manakala kerajaan disifatkan seolah-olah tidak begitu teliti dan peka terhadap perbezaan dari sudut layanan terhadap beberapa keadaan, terutama yang melibatkan aktiviti merangsang ekonomi.

"Masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa- apa manfaat ekonomi maka SOPnya perlu ketat kerana ramai atau sedikitnya jemaah tidak memberikan kesan yang ketara.

"Jikalau inilah sikap kerajaan, maka ia adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini. Lakonan sandiwara Covid-19 ini perlu dihentikan segera," tegasnya.


Artikel oleh: Majoriti

'KENAPA SAF MASJID MASIH 1 METER, VIRUS TAK MINAT DEKAT PREMIS LAIN KE?

https://majoriti.com.my/berita/2021/12/08/039kenapa-saf-masjid-masih-1-meter-virus-tak-minat-dekat-premis-lain-ke039

6080) HENTI SEGERA 'SANDIWARA' SOP DI MASJID!: PPIM - ISMAWEB - 08/12/2021

 

BANGI, 3 Jamadilawal 1443H, Rabu – Biarpun kadar kes jangkitan harian COVID-19 masih belum turun daripada empat angka, Malaysia bagaimanapun sedang melalui fasa pemulihan atau endemik ke arah kembali kepada kehidupan normal dengan pelbagai kelonggaran dibenarkan.

Sejak Oktober lalu, pelbagai sektor khususnya ekonomi, pelancongan termasuk sukan dan hiburan sudah kembali rancak beroperasi seperti biasa dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP).

Walaupun kelonggaran itu ‘melegakan’ rakyat, namun masih timbul tanda tanya terhadap pelaksanaan SOP ke atas aktiviti masjid khususnya solat berjemaah yang dilihat seperti tidak adil.

Lebih menghairankan apabila perbezaan kelonggaran SOP itu dilihat ketara ketika perlawanan bola sepak antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City baru-baru ini, sedangkan masjid masih ‘diikat’ dengan pematuhan saf berjarak 1.0 hingga 1.5 meter antara jemaah.

Atas sebab itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengkaji semula penguatkuasaan SOP di semua premis supaya tidak dilihat sebagai satu ‘jenaka’.

“Jelas kini pihak KKM seolah-olah sedang mempersendakan SOP yang telah ditetapkan dalam menentukan jarak ‘saf bola dan saf untuk solat’.

“Ia umpama virus ini hanya akan berkunjung ke masjid-masjid dan surau-surau dan tidak berminat untuk menghadirkan diri di tempat-tempat awam lain,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bukan hanya di stadium, PPIM berkata, perbezaan pelaksanaan SOP itu juga dilihat turut berlaku di dalam pesawat penerbangan, pasaraya dan pusat membeli-belah.

“Namun, keadaan tidak pula di masjid-masjid kerana pihak jawatankuasa bertegas menguatkuasakan SOP dan masih selesa dengan saf-saf yang berjarak 1.0 hingga 1.5 meter antara jemaah.

“Rakyat kini bosan dengan keadaan ini dan pihak kerajaan seolah-olah tidak begitu teliti dan peka terhadap perbezaan dari sudut layanan terhadap beberapa keadaan, terutama yang melibatkan aktiviti boleh merangsang ekonomi,” katanya.

PPIM berkata, masjid dan tempat ibadat mungkin disifatkan sebagai tempat yang tidak memberikan apa-apa manfaat ekonomi, maka disebabkan itu SOP berkenaan perlu ketat kerana ia tidak memberi kesan ketara.

“Jikalau inilah sikap kerajaan maka ia adalah amat menyedihkan dan boleh dianggap bahawa pihak berkuasa terus memperkecilkan institusi kerohanian sebagai satu sumber penyelesaian yang paling ampuh untuk wabak ini dan lakonan sandiwara COVID-19 ini perlu dihentikan segera,” katanya.


Artikel oleh: Ismaweb

HENTI SEGERA 'SANDIWARA' SOP DI MASJID!: PPIM

https://ismaweb.net/2021/12/08/henti-segera-sandiwara-sop-di-masjid-ppim/

Saturday, August 14, 2021

5864) SOP MASJID, KENAPA ADA DOUBLE STANDARD? "ANDA TANYA PPIM JAWAB" - TV.PPIM - 13/08/2021

 


Nak solat di masjid tapi dihalang? Wujud SOP Double Standard? Apa kes ni? Apa pandangan anda? Jom saksikan LIVE FB PPIM dalam segmen ‘Anda Tanya, PPIM Jawab bertajuk ‘SOP Masjid, Kenapa Ada Double Standard? yang sedang berlangsung sekarang Jom saksikan! ------ Jom sertai laman sosial kami: Channel Telegram PPIM https://t.me/SahabatPerjuanganPPIM TikTok: https://www.tiktok.com/@ppim.official Twitter https://twitter.com/PPIM_official Instagram ppim.official Youtube Tv.ppim


Sumber: TV.PPIM

SOP MASJID, KENAPA ADA DOUBLE STANDARD? "ANDA TANYA PPIM JAWAB"

https://www.youtube.com/watch?v=GFypMkEbywQ

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL