Showing posts with label JEREBU. Show all posts
Showing posts with label JEREBU. Show all posts

Saturday, December 5, 2015

2410) FREE MALAYSIA TODAY - 21/10/15 - JEREBU : MAJLIS FATWA DIDESAK BERSUARA

Majlis Fatwa Kebangsaan didesak mengeluarkan fatwa yang jelas apakah hukum membakar hutan bagi mencari keuntungan sehingga membawa masalah kepada orang ramai.

fatwa

KUALA LUMPUR: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Malaysia mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mengeluarkan hukum syarak kepada syarikat Malaysia yang terlibat membakar hutan di Indonesia sehingga menimbulkan masalah jerebu.

Desakan itu dibuat, Setiusaha Agung Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia (PERTAMA), Sheikh Abd Kareem Said Khadaied susulan masalah jerebu yang melanda negara ini sehingga membawa kesan buruk kepada rakyat.

Katanya, syarikat Malaysia yang terlibat dalam pembakaran hutan seharusnya dikeluarkan daripada senarai syarikat yang boleh menerima pelaburan Islam (Patuh Syariah).

“Maknanya kalau syarikat A ini membakar hutan, bermakna dia melakukan suatu perkara yang bercanggah dengan Islam, maka pelaburan dalam syarikat ini tidak perlu lagi dipanggil patuh syariah.

“Jadi kita perlu Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengeluarkan garis panduan fatwa yang jelas apakah hukum membakar hutan bagi mencari keuntungan?”, katanya dalam sidang media bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Perkasa dan Patriot pada Rabu.

Mengulas lanjut, Sheikh Abdul Kareem berkata, lebih sepuluh syarikat Malaysia yang terlibat dalam aktiviti pembakaran tersebut termasuk anak syarikat milik kerajaan (GLC).

Pada masa sama, beliau menyeru rakyat negara ini untuk memboikot produk syarikat yang terlibat.
“Produk syarikat terbabit perlu diboikot bagi memberi pengajaran. Malah satu gerakan nasional juga akan dibuat untuk memboikot syarikat terlibat dan ini masanya untuk kita bertindak,” katanya

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan mengheret syarikat yang terlibat ke mahkamah.

“Sekarang kita menyeru semua NGO-NGO dan orang ramai untuk memberi maklumat kepada kita mengenai masalah jerebu.

“Malah pihak kita juga akan berjumpa dengan peguam-peguam yang pakar dalam bidang ini sebelum membawa isu ini ke mahkamah,” katanya.

Sumber : http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2015/10/21/jerebu-majlis-fatwa-didesak-bersuara/

Wednesday, November 4, 2015

2928) TV PPIM - 3/11/15 - 200 NGO TELAH HANTAR SURAT NOTIS KEPADA 10 SYARIKAT PUNCA JEREBU.

LAPORAN VIDEO ASTRO AWANI

Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengadakan sidang media hari ini, bersama dua wakil dari syarikat peguam SIDDIQ AZANI & CO bagi mendesak pihak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara untuk mempercepatkan proses pengubalan akta undang-undang tempatan berkaitan jerebu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, jerebu pada tahun 2015 ini merupakan tahun paling teruk berbanding tahun sebelum. Kerana tahun ini banyak sekolah bercuti disebabkan bacaan IPU yang bahaya dan PPIM juga menerima banyak aduan mengenainya.


Ini kerana, perjanjian yang telah ditandatangani dan diiktiraf oleh kesemua negara dalam ASEAN yang dipanggil “Agreement On Transboundary Haze Pollution” pada tahun 2002. Malaysia merupakan negara pertama mengiktiraf perjanjian tersebut pada pada tahun itu dan Indonesia merupakan yang terakhir mengiktiraf perjanjian itu pada tahun 2014.

Walaupun menjadi negara pertama mengiktiraf perjanjian tersebut, sehingga ke hari ini, Malaysia masih belum menggubal akta undang-undang berkaitan jerebu di Parlimen seperti yang dikehendaki dalam perjanjian itu. Rujuk Perlembagaan Persekutuan.

Sehubungan dengan itu, Datuk Nadzim Johan dan wakil peguam iaitu, Tuan Mohamad Siddiq Azani telah mendesak kerajaan dan Jabatan Peguam Negara untuk mempercepatkan proses penggubalan akta undang-undang tempatan berkaitan jerebu ini dan sekaligus memberi kesan kepada perjanjian yang telah dimasuki oleh Malaysia dan Indonesia tersebut.

Kata wakil peguam, Tuan Mohamad Siddiq Azani,"adalah jelas dalam perjanjian tersebut, setiap negara yang mengiktiraf perjanjian ini hendaklah menggubal undang-undang tempatan di negara masing-masing berkaitan jerebu ini seperti yang terdapat dalam Artikel 4(3), Artikel 9(a) dan 9(g), Artikel 11(1) dalam perjanjian tersebut."

"Surat juga telah dihantar kepada 10 syarikat tempatan yang disyaki terbabit dalam pembakaran hutan di Sumatera Selatan supaya memberikan keterangan dalam masa 14 hari." tambahnya lagi.- ADMIN


                           RAKAMAN VIDEO SIDANG MEDIA 3 NOVEMBER 2015







Thursday, October 22, 2015

2899) Gabungan NGO Cabar Syarikat Terlibat Membakar Hutan di Indonesia Buat Pengakuan Rasmi

Dikemaskini pada 22/10/2015 1303HRS


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama empat NGO Islam Melayu mengadakan sidang media bagi mengatasi ancaman jerebu berpunca daripada pembakaran hutan di Indonesia.

RAKAMAN VIDEO SIDANG MEDIA YANG DIADAKAN (21/10/2015)
Sumber: Metronews KL

Antara NGO yang turut serta dalam sidang media adalah PERKASA, PEWARIS, Ikatan Muslim Malaysia (ISMA), Yayasan Muamalat Belia, Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) bersepakat untuk mengambil tindakan “class action” apa jua tindakan undang-undang syarikat yang terlibat terutama syarikat dari Malaysia. 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang mengetuai sidang media tadi menyeru semua pihak menggesa syarikat yang terlibat dengan pembakaran hutan di Indonesia sehingga menyebabkan jerebu mengeluarkan pengakuan rasmi sama ada mereka terlibat atau tidak.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak teragak-agak untuk mendedahkan nama syarikat tempatan yang mungkin terlibat dengan pembakaran hutan tersebut tapi dirahsiakan buat masa ini.


Sheikh Abdul Kareem yang mewakili PEWARIS dalam kenyataannya pula menyarankan Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa mengenai hukum membakar hutan untuk mendapatkan keuntungan.

"Jika didapati syarikat-syarikat ini terlibat maka NGO Islam Melayu akan memboikot produk-produk syarikat itu" kataya dalam sidang media yang diadakan di Pejabat PPIM, pagi tadi.

Friday, September 18, 2015

2846) JEREBU: JAKIM ARAHKAN SEMUA MASJID & SURAU ADAKAN SOLAT HAJAT


18 SEPTEMBER 2015 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengarahkan semua masjid dan surau di seluruh negara mengadakan solat sunat hajat selepas solat Jumaat hari ini bagi memohon agar masalah jerebu dapat diatasi. 

Ketua Pengarah , Datuk Othman Mustapha berkata keputusan untuk mengadakan solat hajat itu diambil, setelah masalah jerebu di negara ini masih berterusan. 

"Jakim meminta kerjasama semua pihak berkuasa agama negeri supaya masjid dan surau di negeri masing-masing mengadakan solat hajat bagi memulihkan keadaan ini. 

"Kita sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar masalah jerebu akan selesai dalam tempoh terdekat dan masyarakat boleh menjalankan aktiviti harian dengan lebih lancar dan sempurna," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

VIDEO PANDUAN  SOLAT HAJAT

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL