Showing posts with label ATASI BANJIR. Show all posts
Showing posts with label ATASI BANJIR. Show all posts

Friday, January 28, 2022

NGO SERAH MEMORANDUM SYOR ATASI BANJIR KEPADA PM - SINAR HARIAN - 27/01/2022

 

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran menubuhkan skuadron bagi melaksanakan kerja-kerja pembenihan awan pintasan menggunakan teknologi dron sebagai kaedah mengatasi bencana banjir di negara ini.

Itu antara 17 syor yang dikemukakan oleh Persatuan Usahawan Rekacipta dan Inovasi Malaysia (Purim) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam Memorandum Syor Cadangan Bagi Mengatasi Banjir yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengerusi Purim, Norshahrizal Nordin berkata, pembenihan awan pintasan boleh dibuat di laluan angin ribut tropika bagi tujuan mengurangkan kapasiti hujan bagi di satu-satu kawasan.

Justeru, menurutnya unit khas yang ditubuhkan akan berperanan melaksanakan tindakan awal bagi proses pembenihan awan pintasan dengan mengambil kira data cerapan satelit Jabatan Meterologi Malaysia.

"Pembenihan awan pintasan boleh dibuat menggunakan dron dengan tidak tumpu pada satu-satu tempat. Jadi kapasiti hujan boleh 'dipecahkan'.

"Dengan penubuhan skuadron ini pembenihan awan pintasan boleh dibuat menggunakan dron dan ini tidak memerlukan juruterbang bertauliah dan kos operasi dan penyelenggaraan yang jauh lebih murah dan selamat berbanding pesawat ringan.

"Jadi tindakan awal boleh diambil oleh pasukan khas ini bagi mengelakkan berlaku hujan yang tinggi di satu-satu tempat yang boleh mengakibatkan peningkatan paras air di kawasan perumahan penduduk," katanya pada sidang media berkenaan Memorandum Syor Mengatasi Banjir di sini pada Khamis.

Memorandum berkenaan menyenaraikan 17 syor meliputi tujuh jangka panjang, empat jangka sederhana dan enam jangka pendek.

Antara lain, turut disyorkan adalah penggunaan sistem amaran aras air secara sistem pesanan ringkas (SMS) berasaskan perubahan aras secara 'Event Base' di kawasan perumahan yang berisiko untuk mengalami banjir.

Selain itu, memorandum berkenaan mencadangkan agar pemasangan papan tanda yang boleh menunjukkan risiko aras air dilakukan bagi menunjukkan risiko aras air yang boleh dilalui oleh kenderaan atau ditutup laluannya kerana tidak selamat.

Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat meneliti syor yang disenaraikan agar masalah banjir dapat di selesaikan dengan kaedah lebih inovatif serta efektif demi kesejahteraan rakyat.

"Kerajaan sudah pun membuat banyak projek tebatan banjir, mendalamkan sungai, membesarkan parit, sistem amaran banjir dan bermacam-macam lagi projek kerajaan saban tahun akan tetapi masalah banjir masih tidak selesai.

"Pelbagai pihak telah juga tampil untuk mengemukakan syor tentang bagaimana atau apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan atau meminimumkan kesan bencana yang berlaku saban tahun di negara ini.

"Sehubungan dengan itu PPIM telah berbincang dengan beberapa NGO seperti Purim untuk memberikan idea-idea baru, cara bagaimana untuk menyelesaikan masalah banjir ni," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

NGO SERAH MEMORANDUM SYOR ATASI BANJIR KEPADA PM

https://www.sinarharian.com.my/article/185112/BERITA/Nasional/NGO-serah-memorandum-syor-atasi-banjir-kepada-PM

MGNEWS: AMARAN BANJIR: PENGGUNAAN SMS LEBIH BERKESAN DAN PRAKTIKAL BERBANDING SIREN - NGO - MALAYSIA GAZETTE TV - 27/01/2022

 

Amaran Banjir: Penggunaan SMS Lebih Berkesan Dan Praktikal Berbanding Siren...


Sumber: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: AMARAN BANJIR: PENGGUNAAN SMS LEBIH BERKESAN DAN PRAKTIKAL BERBANDING SIREN - NGO

https://www.youtube.com/watch?v=40LZuGRadrI&t=18s

MGNEWS: NGO SERAH MEMORANDUM SYOR ATASI BANJIR KEPADA PM PETANG INI - MALAYSIA GAZETTE TV - 27/01/2022

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menyerahkan memorandum syor bagi mengatasi banjir kepada Perdana Menteri petang ini - Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan


Sumber: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: NGO SERAH MEMORANDUM SYOR ATASI BANJIR KEPADA PM PETANG INI

https://www.youtube.com/watch?v=OKlQASmVskI&t=1s

PURIM, PPIM SERAH SYOR CADANGAN ATASI BANJIR KEPADA PM - MALAYSIA POST - 27/01/2022

 

PERSATUAN Usahawan Rekacipta dan Inovasi Malaysia (PURIM) bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan menyerahkan Memorandum Syor Cadangan Bagi Mengatasi Banjir kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Memorandum tersebut akan diserahkan Pengerusi PURIM, Norshahrizal Nordin dan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan serta wakil penduduk yang terkesan banjir baru baru ini.

Menerusi sidang media hari ini, kedua-dua persatuan menyatakan dalam memorandum syor itu, PURIM dan PPIM telah mengutarakan enam cadangan jangka masa pendek bertujuan mengelak kesan teruk akibat banjir dengan kos rendah.

Selain itu, empat cadangan jangka masa sederhana bertujuan menambah baik infrastruktur bagi menghadapi banjir pada masa akan datang.

Pada masa sama, tujuh cadangan jangka masa panjang bertujuan memastikan syor dan cadangan tersebut boleh diteruskan dan diselenggara dengan kaedah lestari tanpa membebankan kewangan kerajaan untuk masa panjang.

Antara cadangan jangka masa pendek ialah melakukan pembenihan awan pintasan di laluan angin ribut tropika dengan mengambil kira data cerapan satelit Jabatan Meteorologi Malaysia.

Selain itu, penggunaan sistem amaran aras air secara SMS berasaskan perubahan aras secara “Event Base” di kawasan perumahan yang berisiko untuk mengalami banjir; menambak dan meninggikan beberapa kawasan lapang bagi menyediakan ruang untuk memindahkan kenderaan ke tempat selamat melalui sistem makluman SMS yang efisien.


Artikel oleh: Malaysia Post

PURIM, PPIM SERAH SYOR CADANGAN ATASI BANJIR KEPADA PM

https://malaysiapost.com.my/2022/01/27/purim-ppim-serah-syor-cadangan-atasi-banjir-kepada-pm/

17 SYOR ATASI MASALAH BANJIR [METROTV] - HARIAN METRO - 27/01/2022

 

Kuala Lumpur: Sebanyak 17 syor jangka masa pendek, sederhana dan panjang akan dikemukakan kepada kerajaan bagi mengatasi masalah banjir.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya bersama Persatuan Usahawan Rekacipta dan Inovasi Malaysia (Purim) akan menghantar Memorandum Syor Cadangan Bagi Mengatasi Banjir kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

NORSHAHRIZAL Nordin menunjukkan Memorandum Cadangan Dan Syor Tindakan Jangka Pendek, Sederhana Dan Panjang. FOTO Azhar Ramli

Katanya, pihaknya menerima banyak aduan berkenaan banjir dan ramai yang tampil memohon bantuan.

Menurutnya, PPIM juga tampil dengan syor mengenai bagaimana untuk mengelakkan atau meminimumkan kesan bencana yang berlaku saban tahun itu.

"Kerajaan sudah pun membuat banyak projek tebatan banjir, mendalamkan sungai, membesarkan parit, sistem amaran banjir dan bermacam-macam lagi.

"Sehubungan itu, PPIM sudah berbincang dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seperti Purim untuk memberikan idea baru dan langkah untuk mengatasi masalah banjir ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Purim Norshahrizal Nordin dan wakil penduduk Shah Alam, Datuk Ahmad Muadzam Shah Yaakop.

Sementara itu Norshahrizal berkata, antara cadangan jangka masa pendek itu termasuklah melakukan pembenihan awan pintasan di laluan angin ribut tropika.

Selain itu katanya, pihaknya juga akan mengesyorkan penggunaan sistem amaran aras air secara khidmat pesanan ringkas di kawasan perumahan berisiko mengalami banjir.

"Melalui memorandum ini, kita harap kerajaan memberi perhatian untuk mengubah beberapa dasar yang berkaitan demi kebaikan bersama.

"Kita juga minta kerajaan mempertimbangkan penubuhan unit khas di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) atau Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai perkara ini.

"Selain itu kita juga minta kerajaan babitkan peranan NGO seperti kami untuk sama-sama membantu bukan hanya memberi idea, tetapi pelaksanaan yang sesuai agar isu banjir ini dapat kita uruskan dengan sebaiknya," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

17 SYOR ATASI MASALAH BANJIR [METROTV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/804396/17-syor-atasi-masalah-banjir-metrotv

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL