Wednesday, August 10, 2022

SUDAH IKHTIAR CARI PEKERJA TEMPATAN, NAMUN TERPAKSA GUNA WARGA ASING- PRESMA - UTV MEDIA - 09/08/2022

 

SENTUL, 9 OGOS 2022 – Isu pekerja warga asing bukan sesuatu isu yang baharu, pekerja tempatan pula tidak berminat dengan kerja-kerja melibatkan 3D (kotor, bahaya dan sukar).

Namun, kini pihak Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengusaha India Malaysia (PRIMAS), dan Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) mengalami proses yang sukar kerana kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) berkenaan permohonan pengambilan pekerja asing akan dihentikan buat sementara waktu, baru-baru ini.

Presiden PRESMA, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, kita melihat kepada praktikaliti sesuatu perniagaan, lagi lagi diwaktu PKP, pendapatan pun sukar dicari.

“Banyak pengusaha restoran sudah ‘bungkus’ dan ‘gulung tikar’ kerana terkesan dengan pandemik, jangan ditambah kesukaran kami.

“Saya berharap agar kerajaan lanjutkan tempoh pemberhentian permohonan pengambilan pekerja asing untuk tempoh dua bulan.

Katanya, hal ini bagi membantu ahli-ahli persatuan mendapatkan tenaga kerja dalam masa terdekat ini, selain memerlukan masa yang lama untuk menyediakan dokumen seperti caruman KWSP dan penyata bank.

“Bagi saya dasar KSM bawa sekarang dah cukup telus, tanpa amik kira, setiap satu permohonan diteliti dan dipenuhi, kami juga perlu bayar kepada kastam.

“Bisnes sangat teruk dan kami merayu agar dapat didengari kerana perniagaan sektor ahli-ahli kami seperti restoran dan kedai runcit benar-benar terkesan.

“Kami memohon kerajaan untuk memperhalusi cadangan kami dan penangguhan permohonan ini akan membawa impak yang besar kepada semua kerana di setiap sektor masih lagi kekurangan dari segi tenaga kerja,” katanya.


Artikel oleh: UTV Media

SUDAH IKHTIAR CARI PEKERJA TEMPATAN, NAMUN TERPAKSA GUNA WARGA ASING- PRESMA

https://utvmediamalaysia.com/sudah-ikhtiar-cari-pekerja-tempatan-namun-terpaksa-guna-warga-asing-presma/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL