Tuesday, August 20, 2019

5181) RAYUAN BANTUAN UNTUK RAKAN MEDIA PPIM - PPIM - 20/08/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah lebih 20 tahun bersama rakyat Malaysia memperjuangkan hak pengguna di negara ini.    Sepanjang perjuangan kami, banyak isu yang telah dibawa ke tengah sehingga mendapat perhatian pihak berwajib dengan bantuan rakan-rakan media.

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita kekangan kewangan syarikat Utusan Malaysia sehingga  menyebabkan pekerjanya menghadapi kesukaran.    Hampir tujuh bulan tanpa gaji, ada di kalangan pekerja mereka terpaksa memberikan air sirap sebagai ganti susu kepada anak mereka.  PPIM juga dimaklumkan ada pekerja yang terpaksa bergadai harta serta membuat pinjaman Ahlong demi kelangsungan hidup.  

Demi mengenang jasa rakan-rakan media khususnya yang bertugas di Utusan Malaysia, PPIM telah melancarkan FoodBank PPIM untuk media.  Kami merayu bantuan dalam bentuk barangan makanan, minuman, susu formula, lampin pakai buang, tuala wanita, barangan kebersihan diri (Syampu,Sabun Mandi, Berus gigi, Ubat gigi) dan apa sahaja yang dirasakan dapat meringankan beban mereka.

PPIM dengan rasa rendah hati memohon jasa baik rakan-rakan korporat, usahawan dan dermawan agar bersama-sama membantu usaha kerdil kami.  Segala sumbangan berupa barangan boleh dihantar terus ke Pejabat Resepsi PPIM di Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail , Kuala Lumpur.  Sumbangan wang tunai boleh disalurkan ke akaun PPIM, CIMB: 8001230731.
                                                                                     
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengarah Perhubungan Awam dan Media PPIM, Puan Suraya Ali di talian 0192199052.

Sekian, terima kasih.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL