Kuala Lumpur: Seorang suri rumah menggigil ketakutan apabila diarah ejen pemungut hutang melacurkan diri bagi mendapatkan wang untuk membayar hutang lapuk anaknya yang didakwa tidak membayar ansuran pembelian motosikal sejak lima tahun lalu.
Bukan itu saja, ejen berkenaan turut mengugut menyita barangan rumah sebagai ganti sekiranya mangsa gagal melunaskan bayaran seperti yang diminta dalam tempoh ditetapkan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Kartina, 53, berkata, dia dihubungi seorang lelaki memintanya melangsaikan hutang motosikal anaknya berjumlah RM4,000 awal September lalu.
“Beberapa hari sebelum itu, saya menerima notis meminta saya menghubungi nombor telefon tertera tanpa menyatakan sebabnya.
“Bila saya baca, tiada sebarang keterangan berkaitan hutang atau apa, jadi saya anggap ia seperti risalah syarikat untuk menjual produk.
“Sehingga saya terima panggilan telefon memaki saya supaya membayar hutang motosikal anak yang dibeli ketika dia belajar beberapa tahun lalu.
“Yang saya tahu, memang anak saya buat bayaran dan bila gagal bayar ikut masa ditetapkan pun, dia akan hubungi kedai berkenaan bagi memaklumkan kelewatan.
“Tak sangka sampai begitu mereka sanggup buat untuk minta hutang. Sanggup suruh orang tua macam saya ini pergi melacur.
“Tak cukup dengan itu, saya dimaki hamun dengan kata-kata kesat,” katanya yang membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Artikel oleh : Harian Metro
EJEN PUNGUT HUTANG DI ARAH LACUR DIRI
No comments:
Post a Comment