Wednesday, October 10, 2018

4663) SIKAP ANGKUH DAN SOMBONG EXCO PERTANIAN, PEMBANGUNAN USAHAWAN DAN INDUSTRI ASAS TANI NEGERI - 10/10/18

PPIM ingin menyatakan kebimbangan terhadap sikap angkuh dan sombong EXCO Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee yang dirakam telah meninggikan suara terhadap penduduk Kampung Pulau Nibong, Melaka.
Kejadian difahamkan berlaku apabila penduduk mahu berbincang dengan Norhizam bagi mencari penyelesaian membabitkan penutupan dua jalan alternatif di Taman Akasia, Pengkalan Batu di sini sebaliknya bertukar menjadi tegang apabila Norhizam mula dihujani soalan-soalan panas dan dikerumuni oleh penduduk setempat.
Perkara ini dilihat sebagai kelemahan Norhizam menangani masalah dan gagal menghadapi tekanan tugas yang dipikulnya.
Kami percaya ia berpunca daripada "lonjakan tugas" Norhizam yang dilaporkan bekerja sebagai pemandu bas kilang sebelum ini.
Kami ingin menasihati Norhizam supaya lebih berhemah dan berperikemanusiaan dalam menyelesaikan tugasan harian.
Semoga Norhizam menganggap kejadian yang berlaku sebagai hikmah yang mahu beliau menurunkan ego dan memperbaiki niat serta matlamat beliau dalam menjalankan tugas.



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL