Monday, April 23, 2018

4456) BAHAYA RAHSIA TATAPAN UMUM – HARIAN METRO – 23/4/18



Sikap suka berkongsi maklumat peribadi ketika menggunakan sesuatu aplikasi menyebabkan tiada lagi ruang peribadi dalam kehidupan kerana semuanya sudah tersedia di dalam pangkalan data yang boleh diperoleh menerusi media sosial.
Ia bukan saja menjadikan seseorang sering diganggu dengan panggilan daripada orang tidak dikenali, malah lebih teruk mereka juga berisiko menerima ancaman berunsur jenayah daripada pihak ketiga.
Mendedahkan perkara itu, bekas Penasihat Teknologi Maklumat Kementerian Kewangan Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, semua berlaku dengan kerelaan sendiri apabila orang ramai memberi kebenaran kepada pengendali aplikasi untuk menggunakan senarai nombor telefon, kamera dan galeri gambar setiap kali memuat naik aplikasi baru.
Katanya, biarpun nampak remeh namun tanpa disedari, semua maklumat yang dirasakan sulit dan disimpan di dalam telefon menjadi dokumen terbuka yang boleh diakses pihak ketiga tanpa perlu lagi mendapatkan persetujuan pemiliknya.
“Sebenarnya setiap kali kita memuat naik sesuatu aplikasi, kita sudah membuka langkah untuk menyerahkan maklumat yang kita ada kepada pihak ketiga. Semua maklumat itu akan disimpan dalam satu pangkalan data yang kita tidak lagi boleh mengawalnya.
“Selama bertahun-tahun, sedikit demi sedikit profil kita dan keluarga akan disimpan dan sesiapa saja yang mempunyai tujuan tertentu boleh menjejaki dan mencari kita dalam tempoh beberapa saat saja.
“Perkara ini sebenarnya memberi risiko sekiranya ada pihak yang sengaja mahu mengambil kesempatan ke atas kita,” katanya.
Abdul Kadir berkata, terdapat beberapa pautan boleh menunjukkan bagaimana orang ramai berada di dalam radar pemantauan terbuka yang menyokong tidak sikap suka berkongsi maklumat di media sosial undang bahaya ada lagi privasi dalam kehidupan pada hari ini.
Beliau yang juga Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata, sebagai negara yang menggunakan media sosial antara yang tertinggi di dunia, kaedah itu menjadikan Malaysia berisiko menjadi lokasi tumpuan kepada kegiatan menyalahi peraturan seperti sarang pengganas Daish atau sindiket penipuan antarabangsa.
Artikel Oleh : Harian Metro
BAHAYA RAHSIA TATAPAN UMUM

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL