Showing posts with label PENASIHAT PPIM. Show all posts
Showing posts with label PENASIHAT PPIM. Show all posts

Wednesday, November 20, 2024

AKTIVITI | PPIM LANTIK YBHG DATO' SERI PROF DR MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN SEBAGAI PENASIHAT PPIM - PPIM - 20/11/2024

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyerahkan sijil pelantikan kepada YBhg Dato' Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Penasihat PPIM dalam satu majlis simbolik.

YBhg Dato' Seri Prof Dr Mohammad Fairus Khairuddin turut berkongsi pengalaman dalam dunia persilatan dan peranannya dalam membentuk jati diri melalui dakwah dan seni silat. Beliau juga mengimbau sejarah kehebatan pejuang Melayu yang membantu kemenangan kerajaan Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Sultan Salahuddin Al-Ayubi.

Pelantikan ini diharap dapat memperkukuhkan usaha PPIM dalam membela hak pengguna Islam, dengan inspirasi daripada semangat perjuangan Islam yang digariskan melalui dakwah dan persilatan.

Wednesday, January 2, 2019

4755) JASA DIHARGAI PENDUDUK KEMBOJA – SINAR HARIAN – 21/1/19


KEMBOJA – Pengerusi Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Merican menerima Anugerah Khas Tokoh NGO Antarabangsa daripada penduduk kampung Pak Phou Steam, di sini, 
Pengiktirafan yang diterima daripada kampung yang terdiri daripada masyarakat Islam terbesar itu adalah bagi menghargai sumbangan beliau sejak 1999 sehingga kini.
Antara sumbangan yang diberikan oleh Mustapha yang bergerak secara solo dari Malaysia dengan kerjasama NGO tempatan termasuklah kejayaan membina lima buah masjid, tiga sekolah tahfiz dan telaga.
Mustapha dalam satu kenyataan menyifatkan penghargaan yang diberikan itu merupakan satu penghormatan besar buat dirinya yang bergerak secara solo dari Malaysia hampir 20 tahun lalu dalam melakukan aktiviti amal kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negara berkenaan.
“Projek utama saya ketika ke Kemboja pada tahun 1999 adalah membina perigi bagi membolehkan penduduk kampung mendapatkan bekalan air bersih.
“Sehingga kini, kita telah berjaya membina masjid, surau, sekolah dan sebagainya bagi memberi lebih keselesaan kepada mereka
“Penghargaan ini juga bukan buat saya semata-mata tetapi juga untuk rakyat Malaysia yang prihatin serta rakan-rakan yang turut sama-sama menderma dalam perjuangan saya selama 20 tahun ini,”katanya.
Katanya lagi, masyarakat Malaysia juga diminta untuk terus menghulurkan bantuan dan menderma demi kepentingan sejagat.
Sementara itu, Ketua Kampung Pak Phou Steam, Yusof Saleh berkata, penghargaan yang diberikan itu adalah bagi menghargai jasa dan sumbangan Mustapha dalam membangunkan kampung itu.
“Mustapha banyak membantu dan mencurah idea bagi pembangunan kampung ini melibatkan aspek pendidikan, ekonomi dan pentadbiran.
“Selaku ketua (kampung) saya juga ingin melihat kampung ini dapat melahir tokohtokoh ilmuan serta menjadi rujukan kepada kampung-kampung lain nanti.
“Sekali lagi saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada penderma dari Malaysia yang selama ini bermurah hati menderma kepada rakyat Kemboja,” katanya.

Artikel Oleh : Sinar Harian
JASA DIHARGAI PENDUDUK KEMBOJA

Monday, April 23, 2018

4456) BAHAYA RAHSIA TATAPAN UMUM – HARIAN METRO – 23/4/18



Sikap suka berkongsi maklumat peribadi ketika menggunakan sesuatu aplikasi menyebabkan tiada lagi ruang peribadi dalam kehidupan kerana semuanya sudah tersedia di dalam pangkalan data yang boleh diperoleh menerusi media sosial.
Ia bukan saja menjadikan seseorang sering diganggu dengan panggilan daripada orang tidak dikenali, malah lebih teruk mereka juga berisiko menerima ancaman berunsur jenayah daripada pihak ketiga.
Mendedahkan perkara itu, bekas Penasihat Teknologi Maklumat Kementerian Kewangan Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed berkata, semua berlaku dengan kerelaan sendiri apabila orang ramai memberi kebenaran kepada pengendali aplikasi untuk menggunakan senarai nombor telefon, kamera dan galeri gambar setiap kali memuat naik aplikasi baru.
Katanya, biarpun nampak remeh namun tanpa disedari, semua maklumat yang dirasakan sulit dan disimpan di dalam telefon menjadi dokumen terbuka yang boleh diakses pihak ketiga tanpa perlu lagi mendapatkan persetujuan pemiliknya.
“Sebenarnya setiap kali kita memuat naik sesuatu aplikasi, kita sudah membuka langkah untuk menyerahkan maklumat yang kita ada kepada pihak ketiga. Semua maklumat itu akan disimpan dalam satu pangkalan data yang kita tidak lagi boleh mengawalnya.
“Selama bertahun-tahun, sedikit demi sedikit profil kita dan keluarga akan disimpan dan sesiapa saja yang mempunyai tujuan tertentu boleh menjejaki dan mencari kita dalam tempoh beberapa saat saja.
“Perkara ini sebenarnya memberi risiko sekiranya ada pihak yang sengaja mahu mengambil kesempatan ke atas kita,” katanya.
Abdul Kadir berkata, terdapat beberapa pautan boleh menunjukkan bagaimana orang ramai berada di dalam radar pemantauan terbuka yang menyokong tidak sikap suka berkongsi maklumat di media sosial undang bahaya ada lagi privasi dalam kehidupan pada hari ini.
Beliau yang juga Penasihat Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata, sebagai negara yang menggunakan media sosial antara yang tertinggi di dunia, kaedah itu menjadikan Malaysia berisiko menjadi lokasi tumpuan kepada kegiatan menyalahi peraturan seperti sarang pengganas Daish atau sindiket penipuan antarabangsa.
Artikel Oleh : Harian Metro
BAHAYA RAHSIA TATAPAN UMUM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL