Kuala Lumpur 21 April – Operasi Banteras Aktiviti Haram (OPS BAH) siri ke 44 yang dianjurkan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (KWPKL) kali ini berlangsung di kelab malam terbesar, ZOUK, yang terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Keuntungan RM13 juta sebulan hasil perincian Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia bukanlah ‘token’ bagi premis ini terlepas dari menjadi sasaran operasi yang turut disertai oleh beberapa agensi kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen Malaysia dan lain-lain.
Malahan penglibatan NGO seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM),Turut sama serta dalam serbuan ke pusat judi, lubuk maksiat dan sarang dadah sekitar Kuala Lumpur ini adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang merupakan antara NGO aktif dalam setiap siri OPS BAH.
Operasi yang bermula kira-kira jam 1 pagi ini menyaksikan golongan pelajar antara yang paling ramai menghabiskan waktu malam hujung minggu di premis ini dengan hanya bayaran serendah RM65 sahaja.
Ketua Penyelaras OPS BAH, Azman Mahmood, berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki Cina yang dikenali sebangai “Tonto” sebelum serbuan bermula.
“Sebelum serbuan, kita dapat tangkap seorang Tonto yang disyaki menjadi mata-mata bagi operasi kali ini.”
Kita tahan selama 24 jam dan ujian dadah juga dijalankan, sekiranya negatif, kita akan lepaskan dia.” ulasnya lagi diakhir sidang media awal pagi tadi.
Serbuan akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan Kuala Lumpur bebas dari segala gelaja negatif yang merosakkan negara.
No comments:
Post a Comment