KELAB Sahabat Persaudaraan (KSP) memperkenalkan
aplikasi mudah alih dikenali sebagai NGO Negaraku bagi membolehkan ahli
menikmati pelbagai keistimewaan menarik.
NGO Negaraku yang dilancarkan dalam Program Komuniti Digital
NGO Negaraku mempunyai pelbagai aplikasi bersesuaian untuk digunakan NGO dan
ahli termasuk mengumpul derma dan sumbangan secara digital bagi membantu antara
satu sama lain mengikut keperluan, selain menikmati pembelian barangan terpilih
dengan harga terbaik.
Pengasasnya, Dr Mohd Zamri Noordin berkata, aplikasi mudah
alih tersebut dibangunkan bagi membentuk kerjasama antara NGO, khususnya dalam
aktiviti sosial dan ekonomi melalui jalinan usaha sama dan penawaran
berkelompok.
"Program Komuniti Digital NGO Negaraku diurus
secara sosial enterprise bagi memastikan setiap peserta dapat menikmati manfaat
berganda," katanya.
Sebagai permulaan, katanya, 30,000 kad NGO Negaraku diedar
secara percuma kepada 50 NGO dan koperasi yang menyertai program tersebut.
Sementara itu, Ketua Program Komuniti Digital NGO Negaraku,
Dr Nur Hadi berkata, penyampaian mesej program itu turut dipapar melalui reka
bentuk kad NGO Negaraku yang secara umumnya membawa ke arah pembentukan
masyarakat bersatu.
Pada peringkat pengenalan, beberapa syarikat mengambil
bahagian memberi tawaran harga terbaik antaranya Ezide, Kaspersky dan Comfort
Reflexology
Artikel Oleh : Sinar Harian
NGO NEGARAKU KUMPUL SUMBANGAN DIGITAL
No comments:
Post a Comment