Kegiatan gengstrisme, kongsi gelap dan sindiket yang bertapak sejak beberapa tahun lalu menjadi dalang operasi berterusan aktiviti judi yang masih beroperasi di beberapa lokasi tertentu di negara ini.
Selain sudah membina jaringan tersendiri dengan individu tertentu, rangkaian terbabit juga licik menggunakan pengaruh ‘orang kuat kawasan’ yang berperanan menjadi mata dan telinga setiap kali operasi dijalankan pihak berwajib.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan aduan diterima sejak beberapa tahun lalu, pihaknya mendapati, isu gengsterisme itu memang berasas selain beberapa kekurangan lain yang perlu diatasi.
Menurutnya, PPIM juga tidak menolak kemungkinan ada pakatan antara rangkaian aktiviti haram ini yang menggunakan wang daripada perjudian untuk perniagaan lain seperti pelacuran dan ceti haram.
“Hasil maklumat kita terima, mereka ini (rangkaian) sudah rugi kira-kira RM10 bilion sepanjang operasi berterusan pihak berwajib.
“Kalau itu jumlahnya, ia satu amaun yang besar dan kewujudannya perlu ditangani.
“Namun, ada juga kemungkinan ada pakatan terancang dengan pihak berkuasa tempatan kerana ia beroperasi secara terbuka walaupun pelbagai tindakan sudah diambil,” katanya.
Nadzim berkata, faktor pakatan itu bukan perkara baru malah ia sudah ditimbulkan sejak beberapa tahun lalu membabitkan pihak berkuasa tempatan, namun ia masih berterusan sehingga kini.
Katanya, dengan adanya operasi bersepadu kewujudan premis pelbagai jenis cuti ini dapat dikekang, namun tindakan tidak bertanggungjawab segelintir pegawai berwajib menyebabkan ia seolah-olah tidak selesai.
“Kita akan terus salurkan maklumat menerusi aduan orang ramai. Tindakan bersepadu tidak akan mendatangkan hasil sekiranya ada ‘hantu’ yang menjadi duri dalam daging menerima rasuah dan membocorkan gerak kerja dari dalam,” katanya.
Artikel Oleh : Harian Metro
BELUM “OFFLINE” LAGI
No comments:
Post a Comment