Friday, July 18, 2014

2056) PPIM - Cara Mudah Untuk Sihat


Cara Mudah Untuk Sihat

Ada pepatah mengatakan bahawa kaya tidak semestinya boleh memberikan kebahagian. Apakah kesinambungan ayat tersebut dengan amalan sihat dibulan puasa ini?
Kesihatan yang bagus mampu membuat seseorang itu  tersenyum dan gembira dalam perjalanan harinya. Manusia mampu mencari rezeki untuk menyara diri mereka jika mereka mempunyai kesihatan yang bagus. Ia mampu memberi kesan yang negatif kepada orang tersebut dan malah mengganggu orang yang berada disekeliling jika mereka sakit.
Dibulan puasa ini, marilah kita mempraktikkan budaya amalan sihat dalam kehidupan harian kita. Kita tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke pusat senaman atau taman rekreasi untuk melakukan senaman. Didalam rumah dan juga pejabat juga boleh melakukan senaman. Senaman ringkas juga mampu memberi kesan yang baik terhadap badan dan hidup manusia itu. Senaman ringkas yang dikatakan adalah seperti berdiri dan meregangkan otot, mengemas meja serta menaiki tangga daripada menggunakan lif.
Menyapu sampah, mengemas rumah dan paling baik adalah dengan melayan anak-anak atau bermain dengan anak-anak adalah salah satu aktiviti senaman. Ia bukan sekadar menyihatkan tubuh badan, malah mampu mengeratkan silatulrahim antara bapa dan juga anak.
Amalan pemakanan juga adalah salah satu daripada malan hisup yang sihat. Banyak barang makan yang dijual memngandungi bahan kimia. Sebagai contoh, kebanyakkan kedai makan akan menggunakan ajinomoto didalam masakannya. Ajinamoto itu sebenarnya Monosodium glutamate (MSG). Pengambilan MSG berlebihan mampu memudaratkan kesihatan seseorang itu. Selain itu, jika kita makan makanan yang mudah dan cepat seperti McD dimana kandungan makanan di dalam burger McD mempunyai bahan kimia yang mampu membuat daging, roti dan sebagainya bertahan lama atau lambat rosak. Berapa banyakkah mereka meletakkan bahan kimia ini?
Minuman berkarbonat adalah penyumbang tebesar dalam pemasalahan obesiti di dalam Malaysia. Beberapa kajian telah dibuat dan ia mendapati untuk satu tin coca cola mempunyai 8 sudu teh gula. Begitu banyaknya gula didalam setin air coca cola ini. oleh itu makin banyak kita minum makin mudah  untuk kita mengidap penyakit kronik.
Kesihatan ditentukan daripada pemakanan. Kebersihan makanan mempengaruhi kesihatan kita. Bahan mentah yang kita beli di pasar hendaklah dibasuh dahulu sebelum digunakan. Ini kerana dikhuatiri bahan mentah itu terjejas atau bahan tersebut sudah tecemar. Ini juga mampu mengundangkan penyakit kronik. Satu kes yang terdapat didalam Malaysia adalah, seorang pemuda maut kerana mengidapi penyakit kencing tikus kerana beliau membeli air tebu dibazar ramadhan. Kebanyakan peniaga tebu hanya membasuh tebu itu secara ala kadar sahaja. Mereka tidak membasuhnya dengan baik. Ini juga mampu memberi penyakit kepada tubuh badan manusia



No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL