Sambil berpuasa sambil beramal. Pihak Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) telah memberi sedikit sumbangan kepada sekumpulan manusia
yang digelar Melayu Campa.
Hampir 300 keluarga Melayu Campa berhimpun untuk menerima
sumbangan yang diberi oleh PPIM. Sumbangan yang terdiri dari minyak masak,
biskut, sardin, teh, kopi dan banyak lagi. Kebanyakkan barang yang diberi
adalah barangan keperluan asas.
Keluarga Melayu Campa ini dikesan menetap di sekitar sg
buloh, cheras dan klang. Mereka menetap disini secara berkumpulan dan
difahamkan terdapat sesetengah keluarga melayu campa ini menetap didalam hutan.
Anak-anak yang dilahirkan di Malaysia ini tidak ke sekolah kerana status
keluarga dan juga sesetengah daripada mereka tidak mempunyai dokumen diri yang
lengkap.
Melayu Campa adalah orang melayu yang berasal dari kemboja.
Kehidupan mereka yang agak serba kekurangan membuat kami memikir sejenak bagai
manakah mereka menyambut hari raya sedangkan mereka tidak mempunyai keperluan
yang lengkap.
Dengan itu, Pihak PPIM telahpun membina satu dana yang untuk
menolong orang-orang islam Malaysia yang kurang kemampuan untuk menyambut hari
raya yang mulia ini dengan gembira. Ini adalah salah satu cara untuk
mengurangkan masyarakat islam yang miskin ataupun kurang kemampuan.
No comments:
Post a Comment