Wednesday, March 26, 2014

1823) 24/03/2014 - RADIO 24 - PENIPUAN




RADIO BERNAMA 24/03/2014, Topik pada hari itu adalah tipu. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau lebih dikenali sebagai Tok Ki memberi sedikit penerangan tentang kes penipuan. 

Terdapat benyak jenis penipuan yang terjadi didalam negara ini. Penipuan yang nampak macam benar dn ada penipuan yang jelas nampak penipuan itu. Namun manusia masih lagi dapat ditipu oleh penipu-penipu ini. 

Balik kepada topik yang dibicarakan didalam radio, ramai orang tertipu kerana mereka mengambil mudah tentang sesuatu perkara. Dengan tidak menyelidik asal usul fakta, mereka terus memercayai sesuatu perkara itu. Seperti kes kehilangan pesawat MH370. terlalu banyak spekulasi yang dibuat akan tetapi ramai manusia memercayai perkara yamg tidak tahu dari mana fakta itu datang.

Dalam satu perbualan talifon, En Zafaruddin meminta Tok Ki komen tentang orang perempuan yang sering ditipu. Tok Ki tidak menafikan perkara ini kerana ramai wanita  ditawarkan bermacam peluang perniagaan dan juga skim-skim yang mampu menolong mereka. Namun mereka dengan tidak menyiasat dahulu latar belakang syarikat dan bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan. Nasihat yang diberi oleh Tok Ki adalah kita perlu berhati-hati dalam menerima mana-mana tawaran. Kata Tok Ki "PPIM pun ada blog Tipu Tipu Tipu". Dengan adanya blog seperti ini mampu menolong serba sedikit pengguna dan memberi sedikit ilmu dalam kes pernipuan yang sering kali digunakan oleh sesetengah pihak.

Ada seorang pemanggil, En Mohd pula mengongsikan pendapatnya bahawa kita perli “Check and verify” berita. Seperti yang dikatakan oleh Tok Ki sebentar tadi, masyarakat kita suka mengambil mudah. Tidak mahu memeriksa asal usul fakta tersebut. "Kalau kita sudah membudayakan budaya yang tidak baik, kita akan sentiasa mengulangi perkata tersebut" Pesan Tok Ki. Kita perlu membuang budaya tidak endah atau mengambil mudah supaya ia tidak menjadi amalam seharian kita. 

Selain itu, topik penipuan ini dapat dilihat dalam isu dadah. Sesetengah orang akan merasa pelik dengan perkara ini. Mereka merasakan tiada penipuan yang berkaitan dadah. Andai kita lihat, remaja kita sering ditipu dengan kata-kata manis seperti "Kalau kau ambil pil ni, kau dapat siapkan kerja yang lecture bagi kat kau". Dari ayat tersebut kita dapat lihat bahawa mangsa ditipu supaya mengambil pil itu untuk melakukan apa saja kerja yang mereka ada kerana ubat itu mampu memberi mangsa tumpuan dan  berjaga sepanjang hari tampa tidur. 

terdapat pelbagai penipuan yang terjadi yang dapat mengaburi mata kasar kita. Akan tetapi, kita seharunya mengambil endah tentang perkara ini terutamanya ibu bapa. Mereka hendaklah menanam sifat mengambil berat dan membuang sifat tidak endah atau tidak mengambil peduli dengan perkara-perkara yang berlaku disekeliling kita.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL