Monday, March 24, 2014

1818) NIB (22/3/2014) - Gesa wujud garis panduan anjur konsert




Headline: Gesa wujud garis panduan anjur konsert
Publication: BH
Date of publication: Mar 22, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 017
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertindak tegas dan mewujudkan garis panduan terhadap pihak yang menganjurkan konsert.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, berkata garis panduan ini penting bagi menjaga imej Malaysia sebagai negara Islam dan mengawal penyertaan umat Islam dalam menyertai konsert yang melanggar akidah.

Katanya, gesaan ini berikutan kes kematian dan keruntuhan akhlak membabitkan umat Islam dalam konsert di Bukit Jalil, baru-baru ini. Dalam kejadian itu, enam orang meninggal dunia sebahagian besar daripada mereka beragama Islam.

"Kebanyakan pengunjung konsert beragama Islam dan melakukan pelbagai aktiviti yang menyimpang dari ajaran agama. JAKIM perlu menetapkan garis panduan terhadap penganjuran konsert. Majlis Fatwa juga perlu keluarkan fatwa sahih agar umat Islam tidak terkeliru," katanya, semalam.

Nadzim berkata, pihak berwajib perlu mencari kaedah jangka panjang yang memberi tumpuan kepada isu etika moral, sosial dan agama bagi kepentingan peribadi tidak kira beragama Islam atau tidak.

Selanjutnya :

http://www.nib.com.my/archives/text/view/122470621?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/archives/text/search.php%3A_1395629328%3Aresultset

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...