Thursday, January 9, 2014

1092) RAKYAT NEWS 8/1/2014 COMANGO PERTUBUHAN TIDAK BERDAFTAR


KUALA LUMPUR 8 Jan - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)  Hak Asasi Manusia (Comango) disahkan sebagai gabungan pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) ekoran kebanyakan pertubuhan dibawahnya tidak berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan (RoS).
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Khalid Shariff berkata, perkara tersebut disahkan selepas kementeriannya melakukan semakan rekod pendaftaran RoS.

Mengulas lebih lanjut, Mohamad Khalid menjelaskan hanya 54 daripada 69 NGO di dalam gabungan Comango berdaftar di bawah RoS.
Comango pernah mencetuskan kontroversi dalam negara dengan memperjuangkan hak asasi lesbian, gay dan transgender (LGBT) yang mendapat tentangan ramai pihak.
Antara pertubuhan yang menentang Comango termasuk Ikatan MusliminMalaysia (ISMA), Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Jalur Tiga

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL