Sunday, August 25, 2013

868) HARIAN METRO 17/8/13 : Ceti beri talian hayat



Kuala Lumpur: "SMS terakhir itu menyelamatkan saya. Jika tidak, kami sekeluarga mungkin ditahan lebih lama lagi sementara menunggu orang menyerahkan wang untuk melangsaikan hutang, mungkin nyawa kami terancam," kata Norsiah, 32, yang mengalami detik cemas selepas ditahan ceti haram atau along, Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, suami dan anaknya berusia 9 tahun turut ditahan di sebuah rumah kedai di Skudai dengan dia diberi 'talian hayat' untuk menghubungi sesiapa saja yang boleh memberikan RM20,000 bagi membolehkan mereka dibebaskan.

Mujur peluang terakhir itu digunakan untuk menghantar SMS kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang kemudian 'mengumpan' along berkenaan kononnya ingin membantu keluarga itu membayar wang pinjaman.

Hasilnya, ceti itu ditahan polis sebaik tiba di ibu negara bersama 'tahanan' untuk ditukarkan dengan wang tunai di pejabat PPIM, sebelum siasatan polis mendapati dia mempunyai rekod lampau berhubung aktiviti memberi pinjam wang.

Norsiah berkata, dia yang mengalami masalah kewangan apabila perniagaan diusahakannya mengalami kerugian dua bulan lalu menghubungi along itu selepas terbaca iklan menawarkan pinjaman mudah.

"Tiba di situ, saya, anak dan suami diarahkan menaiki kereta lain dan dibawa ke rumah kedai. Di situ, saya serta anak ditinggalkan manakala suami dipukul di dalam kereta," katanya.

Menurutnya, sepanjang berada di situ, dia diberi peluang menghubungi saudara-mara namun tidak ada yang dapat membantu kerana jumlah diminta tinggi sehinggalah 'mencuba nasib' menghubungi Nadzim sebagai jalan terakhir.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghani mengesahkan kejadian.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL