Saturday, August 24, 2013

858) HARIAN METRO 10/8/13-Raya sakan pinjam ceti


Kuala Lumpur: Keghairahan menyambut Aidilfitri menyebabkan segelintir individu di negara ini dikesan sanggup mengambil risiko meminjam wang dari peminjam tidak berlesen atau dikenali `along' semata-mata membeli kelengkapan raya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata PPIM menerima banyak kes berkaitan masalah hutang dan alasan yang sering diberikan adalah berkaitan masalah kesempitan wang menguruskan perbelanjaan menyambut Aidilfitri yang melebihi keupayaan pendapatan individu berkenaan.

PPIM menerima banyak aduan berkaitan perkara ini dan setakat ini 7,000 kes membabitkan ceti haram disiasat sejak tiga tahun lalu.

PPIM mendapati masyarakat khususnya Melayu mudah tertarik melakukan pinjaman daripada mereka ini kerana proses pinjaman wang dikatakan lebih mudah selain tidak mengambil tempoh lama berbanding bank komersial.

Bagaimanapun mereka tidak pula fikir kesan daripada tindakan itu seperti diburu `along' yang mahukan wang balik dengan ugutan,katanya.

Katanya golongan ceti haram bijak mengambil kesempatan memerangkap umat Islam yang sibuk membuat persiapan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai pakej pinjaman khas dengan promosi menarik.

Menurut Nadzim sikap `papa asal bergaya' yang dibudayakan itu akhirnya membawa padah apabila ada antaranya perlu dibantu untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana agensi seperti Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tidak mempunyai kewangan gara-gara hutang yang ditanggung selepas raya.

Kuala Lumpur: Keghairahan menyambut Aidilfitri menyebabkan segelintir individu di negara ini dikesan sanggup mengambil risiko meminjam wang dari peminjam tidak berlesen atau dikenali `along¿ semata-mata membeli kelengkapan raya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata PPIM menerima banyak kes berkaitan masalah hutang dan alasan yang sering diberikan adalah berkaitan masalah kesempitan wang menguruskan perbelanjaan menyambut Aidilfitri yang melebihi keupayaan pendapatan individu berkenaan.

PPIM menerima banyak aduan berkaitan perkara ini dan setakat ini 7,000 kes membabitkan ceti haram disiasat sejak tiga tahun lalu.

PPIM mendapati masyarakat khususnya Melayu mudah tertarik melakukan pinjaman daripada mereka ini kerana proses pinjaman wang dikatakan lebih mudah selain tidak mengambil tempoh lama berbanding bank komersial.

Bagaimanapun mereka tidak pula fikir kesan daripada tindakan itu seperti diburu `along' yang mahukan wang balik dengan ugutan, katanya.

Katanya golongan ceti haram bijak mengambil kesempatan memerangkap umat Islam yang sibuk membuat persiapan Aidilfitri dengan menawarkan pelbagai pakej pinjaman khas dengan promosi menarik.

Menurut Nadzim sikap `papa asal bergaya' yang dibudayakan itu akhirnya membawa padah apabila ada antaranya perlu dibantu untuk mendapatkan bantuan daripada mana-mana agensi seperti Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas tidak mempunyai kewangan gara-gara hutang yang ditanggung selepas raya.


No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL