Wednesday, May 8, 2024

VAKSIN ASTRAZANECA DITARIK BALIK BUKTI KUKUH PERLU TOLAK IHR 2005 - MALAYSIA TRIBUNE - 08/05/2024

 

KUALA LUMPUR – Vaksin COVID-19 yang ditarik balik oleh Astrazaneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

“Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

“Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Nadzim turut berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini.

“Mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

 turut mempersoalkan adakah pengeluar vaksin akan bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat vaksin COVID-19 tersebut.

“Sedangkan di Malaysia ada pakar-pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin berkenaan,” katanya lagi.

Malaysia memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Februari 2021 dan pada 31 Oktober 2021, Malaysia mencatatkan 95 daerah berjaya mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi. Sebanyak 28 daerah terutamanya di bandar telah menvaksinasi melebihi 100 peratus jumlah anggaran penduduk.

Artikel oleh: Malaysia Tribune 

VAKSIN ASTRAZANECA DITARIK BALIK BUKTI KUKUH PERLU TOLAK IHR 2005

 https://malaysiatribune.news/2024/05/08/vaksin-astrazaneca-ditarik-balik-bukti-kukuh-perlu-tolak-ihr-2005/ 

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...