Wednesday, May 8, 2024

JANGAN TERUS DIPERDAYA KUASA BARAT - PPIM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 08/05/2024

Berita penarikbalikan vaksin COVID-19 oleh Astrazaneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005).

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

"Pindaan International Health Regulation (IHR) bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

"Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005," tegasnya.

Nadzim berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

"Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini," katanya.

Nadzim berkata mudah bagi mereka (pengeluar vaksin) mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin diseluruh dunia namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia.

"Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar-pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu, siapa akan bertanggungjawab keatas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan," katanya.

Wabak COVID-19 mula melanda dunia pada awal 2019.

Malaysia memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Februari 2021 sebelum diperluaskan kepada golongan kanak-kanak bermula Februari 2022.

Pada 31 Oktober 2021, Malaysia mencatatkan 95 daerah berjaya mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Sebanyak 28 lokaliti/daerah terutamanya di kawasan bandar didapati telah menvaksinasi melebihi 100 peratus jumlah anggaran penduduk.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...