Showing posts with label IHR 2005. Show all posts
Showing posts with label IHR 2005. Show all posts

Friday, May 16, 2025

AKTIVITI | SERAHAN MEMORANDUM BANTAHAN PERJANJIAN PANDEMIK & DASAR DIGITAL NEGARA KEPADA SUHAKAM - PPIM - 16/05/2025

16 Mei 2025 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan rakan-rakan NGO Jawatankuasa Panel Task Force Rakyat serta panel peguam menyerahkan Memorandum Bantahan Perjanjian Pandemik & Dasar Digital Negara Melanggar Perlembagaan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

PPIM menegaskan bahawa penerimaan Perjanjian Pandemik WHO dan pindaan IHR 2005 tersebut menggugat kedaulatan negara, mengancam kebebasan pentadbiran, serta mencabuli hak asasi rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Tuesday, May 13, 2025

AKTIVITI | PENYERAHAN MEMORANDUM RASMI KEPADA BAR COUNCIL - PPIM - 13/05/2025

13 Mei 2025 – Ketua Aktivis PPIM, nadzimjohan@toqqi telah menyerahkan satu memorandum rasmi kepada Bar Council yang membangkitkan kebimbangan rakyat terhadap dasar-dasar negara yang dilihat telah dicampuri oleh kuasa luar, khususnya berkaitan IHR 2005 dan Perjanjian Pandemik WHO.

Memorandum ini menekankan kepentingan mempertahankan kedaulatan undang-undang dan dasar kesihatan negara daripada pengaruh pihak asing.

Wednesday, May 8, 2024

VAKSIN ASTRAZANECA DITARIK BALIK BUKTI KUKUH PERLU TOLAK IHR 2005 - MALAYSIA TRIBUNE - 08/05/2024

 

KUALA LUMPUR – Vaksin COVID-19 yang ditarik balik oleh Astrazaneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005).

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan berkata sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

“Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

“Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” katanya dalam satu siaran media hari ini.

Nadzim turut berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini.

“Mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

 turut mempersoalkan adakah pengeluar vaksin akan bertanggungjawab dan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia yang terkesan akibat vaksin COVID-19 tersebut.

“Sedangkan di Malaysia ada pakar-pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin berkenaan,” katanya lagi.

Malaysia memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Februari 2021 dan pada 31 Oktober 2021, Malaysia mencatatkan 95 daerah berjaya mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi. Sebanyak 28 daerah terutamanya di bandar telah menvaksinasi melebihi 100 peratus jumlah anggaran penduduk.

Artikel oleh: Malaysia Tribune 

VAKSIN ASTRAZANECA DITARIK BALIK BUKTI KUKUH PERLU TOLAK IHR 2005

 https://malaysiatribune.news/2024/05/08/vaksin-astrazaneca-ditarik-balik-bukti-kukuh-perlu-tolak-ihr-2005/ 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL