Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengalu-alukan pelantikan Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu.
"Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Hajah Hakimah di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baru," kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @Toqqi.
Kata beliau lagi, ini adalah satu lembaran baharu bagi jabatan ini kerana Datuk Hajah Hakimah adalah wanita pertama dilantik menjadi Ketua Pengarahnya.
"Kami merasakan pelantikan ini adalah tepat kerana Datuk Hajah Hakimah telah mempamerkan kepimpinan yang tegas dan berprinsip selama beliau di dalam JAKIM sehingga dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Dasar sebelum ini.
Ujar Toqqi lagi, kami yakin JAKIM akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi dan berharap jabatan terpenting menjaga kemaslahatan umat ini akan lebih unggul dan lebih dihormati lagi.
"JAKIM dan PPIM selama ini telah menjadi rakan utama dalam perjuangan kami demi kepentingan umat Islam dan kami harap kerjasama dan kolaborasi yang lebih dengan pelantikan Datuk Hajah Hakimah ini," tambah Toqqi lagi.
No comments:
Post a Comment