Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan persatuan untuk meneruskan tindakan undang-undang bagi memaksa kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjawab soalan mengenai langkah yang telah diambil untuk membendung Covid-19 di Malaysia.
Peguam PPIM, Dato' Sri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata kekecewaan PPIM adalah kerana kes tersebut membabitkan kepentingan awam.
"Walau bagaimanapun, PPIM tetap menghormati keputusan mahkamah tersebut," katanya.
Sehubungan itu, Jahaberdeen berkata, PPIM telah pun mengarahkan peguamnya untuk memfailkan rayuan dengan harapan memperolehi kebenaran mahkamah untuk mendengar semakan kehakiman sepenuhnya.
Ini kerana PPIM berasa bertanggungjawab terhadap pengadu-pengadu dan rakyat secara amnya.
“Saya akan meneliti alasan penghakiman mahkamah tinggi dalam mengatur hujahan di peringkat rayuan," jelasnya.
Pada April tahun lalu, PPIM dan tiga doktor memfailkan semakan kehakiman terhadap tiga pihak antaranya Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung isu-isu Covid-19 di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa.
Semakan secara sebelah pihak (ex-parte) difailkan oleh Bendahari PPIM, Tengku Faedzah Raja Fuad, Dr Hafiz Sulaiman, Dr A Roland Victor dan Dr Sani Ashari selaku pemohon.
No comments:
Post a Comment