SERDANG
– Anak muda berusia 21 tahun yang sebelum ini sihat, menyertai askar Wataniah
malah bercita-cita untuk berkhidmat untuk negara dalam bidang itu.
Mohd
Rafiq Aiman dari Hulu Langat adalah pelajar semester lima Diploma Kejuruteraan
Elektrik dan Elektronik di sebuah politeknik.
Rafiq
dengan berat 65 kilogram (kg), aktif bersukan, berbadan tegap kerana disiplin
dengan rutin hariannya mengangkat berat di gimnasium.
Bagaimanapun segala-galanya berubah selepas Rafiq dipercayai menerima dua dos vaksin Sinovac menerusi program suntikan percuma pada bulan Julai dan Ogos 2021.
Selepas
beberapa minggu suntikan, Rafiq lumpuh, berat badan menyusut sehingga 48 kg
kurang, satu ketulan tiba-tiba muncul di dada sebelah kanannya.
Ia
membengkak dengan ketebalan sehingga 10 sentimeter.
Rafiq
terkejut dan keliru dengan kesan yang dialaminya lalu mengemukakan kesan itu
kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Rafiq
memberitahu Wacanakini.com, doktor mengambil sampel darah dan doktor
memaklumkannya suspek sakit jantung.
“Tidak
lama selepas itu, sampel darah diambil lagi dan mendakwa saya suspek sakit
tibi.
“Selepas itu, didakwanya saya ada masalah jangkitan kuman pada paru-paru dan kemudian masalah buah pinggang pula.
“Realitinya, KKM gagal memberi keputusan muktamad terhadap kesan yang menimpa saya setelah menerima suntikan.
“Mereka berdusta bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan kerana memberi suntikan vaksin yang memberi kesan kepada rakyat.
“Yang saya pelik mereka minta saya serahkan semua dokumen itu dan serahkan diri masuk wad tanpa ditemani ibu bapa, namun ibu saya bertegas jangan teruskan kerana seolah ia hanyalah ‘perangkap’ agar mereka lepas diri,” jelas Rafiq.
Pembelajaran Rafiq terjejas kerana kesakitan dan lumpuh yang dialaminya secara tiba-tiba dipercayai selepas suntikan.
Rafiq terpaksa belajar sambil baring sahaja tidak seperti sebelum ini.
Ikut siri kedua kisah Rafiq bertarung hidup kesan vaksin.
Artikel oleh: Wacanakini
HILANG BERAT 20KG, LUMPUH TIGA BULAN SELEPAS VAKSIN
https://www.wacanakini.com/2022/02/hilang-berat-20kg-lumpuh-tiga-bulan-selepas-vaksin/
No comments:
Post a Comment