Tuesday, June 11, 2019

4971) NAIK GAJI POLIS BOLEH ELAK PECAH AMANAH - MALAYSIA GAZETTE - 11/06/2019


KUALA LUMPUR – Kenaikan gaji polis boleh meningkatkan intergriti dalam masa yang sama memerangi perlakuan pecah amanah.
Malah, kenaikan itu satu kerperluan dalam sebuah negara yang semakin maju dan membangun, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
“Kita mahu memperhebatkan pasukan polis, jangan ada yang pandang hina kepada kerjaya polis sehingga mudah menawarkan rasuah atas alasan polis tak cukup makan.
“Apabila anggota polis berupaya dari segi ekonomi, mereka akan lebih dihormati dan tidak dipandang mudah dibeli oleh mana-mana pihak.
“Walaupun masih ada segilintir yang mungkin tetap merosakkan nama baik pasukan, kami percaya majoriti akan bertugas dengan lebih semangat dan penuh integriti,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, PPIM menyokong penuh  kenyataan Datuk Seri Abdul Hamid Bador baru-baru ini yang menyarankan kerajaan mempertimbangkan untuk memberi kenaikan gaji kepada anggota polis.
Ketua Polis Negara itu berkata, gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.
Menurut Abdul Hamid, gaji yang diperoleh anggota berpangkat Sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar besar. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
NAIK GAJI POLIS BOLEH ELAK PECAH AMANAH

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...