Thursday, June 20, 2019

5006) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERKESO - PPIM - 20/06/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan hari ini telah mengadakan sesi perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif PERKESO, Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Bin Dato' Aziz Mohammed tentang masalah kesihatan dan tahap kesedaran mengenai gaya hidup sihat golongan pekerja.

Dalam perbincangan tersebut, PPIM diberitahu lebih 60 peratus pekerja di negara ini yang mencarum dengan PERKESO mengalami masalah kesihatan.

Antara masalah yang kerap membelenggu golongan produktif negara ini adalah masalah sakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang.

Kadar yang tinggi itu amat membimbangkan, justeru PPIM akan merangka satu kerjasama jangka panjang bagi meningkatkan kualiti hidup dan kesihatan pekerja di negara ini.

PPIM amat mementingkan amalan hidup sihat yang menitikberatkan kepentingan pengambilan makanan seimbang, senaman serta kesihatan mental yang baik.

Kempen yang bakal dilancarkan PPIM itu akan merangkumi semua aspek kesihatan individu, keluarga, masyarakat, komuniti pekerjaan seterusnya seluruh negara.

Sudah tiba masanya rakyat mengambil peduli dan bertanggungjawab atas kesihatan dan kualiti hidup sendiri serta tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak berwajib untuk menentukan hala tuju kehidupan mereka.


PPIM percaya amalan hidup sihat akan dapat mempengaruhi gaya hidup serta aspek kehidupan yang lain seperti ekonomi dan masalah sosial.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...