Friday, March 8, 2019

4836) ADA SEKOLAH TIDAK MAHU TERIMA KANAK-KANAK TIDAK BERVAKSIN – MALAYSIA GAZETTE – 7/3/19


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan masih terdapat sekolah-sekolah yang enggan menerima pendaftaran kanak-kanak yang tidak divaksinkan atas alasan mempunyai rekod vaksinasi tidak lengkap.
Justeru itu, Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) memantau sekolah-sekolah yang enggan membenarkan pelajar berdaftar jika tidak mendapat vaksinasi.
“Kita tidak membantah saranan vaksinasi bagi pelajar sekolah, namun pihak sekolah tidak boleh bertindak di luar batasan undang-undang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah Nadzim lagi, PPIM mahu pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan meletakkan satu garis panduan jelas dan menyenaraikan vaksin yang kritikal atau penting mengikut peringkat umur.
“Kita tidak mahu ‘over vaccination’ atau unnecessary vaccination di mana ibubapa mula memberi vaksin yang tidak diperlukan oleh anak mereka kerana terlalu takut penyakit,” katanya.
Nadzim juga berpendapat ibubapa dan pengguna harus diberi penjelasan mengenai kesan, serta mengapa vaksin diperlukan kepada kanak-kanak
“Kanak-Kanak di Amerika, diberi 49 dos 14 jenis vaksin sebelum berusia enam tahun berbanding kanak-kanak di Jepun yang hanya menerima 12 dos untuk 12 jenis vaksin sebelum usia lima tahun.
“Kita perlu jelas apa vaksin yang perlu, mengapa, dan apa kesannya kepada pengguna dan masyarakat secara amnya, adakah vaksinasi menjamin seseorang itu tidak mendapat jangkitan atau mengurangkan risiko kesan jangkitan dan sebagainya,”tambah Nadzim. – MalaysiaGazette

Artikel Oleh : Malaysia Gazette
ADA SEKOLAH TIDAK MAHU TERIMA KANAK-KANAK TIDAK BERVAKSIN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...