Wednesday, August 29, 2018

4610) KENAIKAN CAJ DOKTOR SWASTA PERLU SETIMPAL DENGAN PERKHIDMATAN – KOSMO – 29/8/18


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap perkhidmatan doktor di klinik dan hospital swasta dapat ditingkatkan selari dengan kenaikan caj konsultasi yang dijangka bermula tahun hadapan.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya tidak menghalang kenaikan tersebut memandangkan kadar caj antara RM10 hingga RM35 yang dikenakan ketika ini kali terakhir disemak pada tahun 2006.
“Kita faham caj konsultasi ketika ini agak rendah sehingga menyebabkan ada dalam kalangan doktor swasta terpaksa menutup klinik kerana tidak mampu menanggung kos.
“Kita mahu perkhidmatan doktor swasta ditambah baik dan mereka juga perlu tingkatkan perkhidmatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau mengulas laporan mengenai jangkaan kenaikan caj konsultasi doktor di klinik dan hospital swasta yang dicadang dinaikkan antara RM35 hingga RM125.
Menurut Nadzim, ramai pesakit memilih untuk pergi ke klinik swasta berbanding klinik kerajaan kerana mereka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.
Akhbar semalam melaporkan, cadangan kenaikan caj tersebut dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan dalam satu sesi townhall bersama doktor-doktor swasta kelmarin.

Artikel Oleh : Kosmo
KENAIKAN CAJ DOKTOR SWASTA PERLU SETIMPAL DENGAN PERKHIDMATAN

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...