Thursday, August 2, 2018

4573) 2,000 UMAT ISLAM BANJIRI HIMPUNAN KEBANGKITAN UMMAH – BERITA HARIAN – 28/7/18



KUALA LUMPUR: Lebih 2,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu di sini, pagi ini bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Ummah.
Kehadiran individu berkenaan mewakili pelbagai badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA).

 Antara tuntutan mereka ialah membantah pertikaian kedudukan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dan menolak pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).

Perhimpunan yang bertema ‘Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam’ dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan laungan ‘Allahu Akbar’.
Tokoh negarawan yang dijadualkan untuk berucap pada acara itu termasuk bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Artikel Oleh : Berita Harian
2,000 UMAT ISLAM BANJIRI HIMPUNAN KEBANGKITAN UMMAH

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...