Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kem motivasi selama tiga hari yang dikendalikan berupaya memberi hasil positif terhadap pelajar dan juga menepati kriteria Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang kini menjadi tumpuan utama Kementerian Pendidikan Malaysia.
Beliau berkata, dengan modul aktiviti yang interaktif dan mencerna minda peserta, kem motivasi bertempat di Lubuk Manggis, Hulu Langat itu perlu disokong ibu bapa sebagai medium membangunkan modal insan dan jati diri anak-anak.
“Uniknya program Kem GenerasiBijak Mega - Impak Maksima Cuti Sekolah ini adalah aktivitinya seperti Obstacle, Flying Fox, Water Confidence, Jungle Tracking dan lain-lain dibangunkan selari keperluan memperkasa diri anak-anak. Selain akademik, ibu bapa perlu memberi ruang kepada aktiviti riadah sosial yang baik untuk proses pembangunan modal insan.
“Selain itu, program Terapi Minda dan Terapi Emosi yang diselit dalam kem motivasi ini, membantu kemahiran berfikir pelajar dan menjadi medium penting mendedahkan mereka tentang kelangsungan hidup yang sebenarnya tidak sepenuhnya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Kem GenerasiBijak Mega 2017 di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Pengarah GenBijak DotMy Sdn. Bhd., Juliana Sawarin dan Pengarah Seninya, Syah Badrul selaku penganjur utama program.
Kem berlangsung mulai 10 hingga 12 Disember depan, terbuka bagi pelajar berusia 9 hingga 17 tahun dengan bayaran serendah RM270 seorang.
Menurut Julia, kem motivasi dengan penekanan aspek berdikari, berfikiran kritis dan sahsiah diri pelajar, tepati keperluan menyiapkan pelajar bukan sahaja cemerlang di dalam akademik malah berketerampilan tinggi.
“Bagi yang berminat, boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari laman facebook.com/GenBijakdotMy atau hubungi hotline di 6011-28003637 segera untuk nikmati diskaun menarik disediakan hanya hari ini,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE