Malah, keinginan memiliki kehidupan mewah dengan cara mudah menyebabkan golongan itu terpaksa menanggung hutang yang banyak sehingga segelintir mereka diisytihar bankrap dalam usia muda.
 Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya mendapati masalah kebankrapan mula menular dalam kalangan mahasiswa disebabkan keinginan golongan itu unuk hidup mewah.
“Lebih 30 perkara yang merangkumi aspek pengurusan wang perlu ditangani sekiranya masyarakat tidak mahu bankrap dan lebih membimbangkan apabila masalah ini turut menular dalam kalangan mahasiswa universiti.
“Kita juga menerima kira-kira 60 aduan sehari, malah kadang-kadang ia mencecah ratusan,” katanya dalam ucapan sempena penganjuran Forum Pengguna Ke-7, 2017 di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE