Wednesday, August 26, 2015

DISKAUN TOL WAKTU PUNCAK: KESELESAAN PENGGUNA PERLU DIUTAMAKAN, KONSESI LEBUH RAYA JANGAN AMBIL KESEMPATAN


Tujuan asal pembinaan lebuhraya di Malaysia adalah memberikan keselesaan dan mengurangkan kesesakan oleh pengguna jalan raya di Malaysia. Untuk makluman, 31 lebuhraya telah dibina sehingga kini dan dikendalikan oleh Syarikat Konsesi Lebuh Raya Malaysia.

Antara faktor yang menyebabkan kesesakan ini adalah jumlah pengguna lebuh raya yang semakin meningkat 
Kini, lebuhraya bukan lagi memberi keselesaan kepada majoriti pengguna, malah ianya menjadi rungutan dan bebanan akibat kesesakan yang terpaksa ditempuh hampir setiap hari terutamanya ketika waktu puncak, iaitu ketika pergi kerja dan pulang kerja. 


Oleh itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan telah mencadangkan supaya pihak konsesi lebuh raya memberi rebat atau diskaun sekitar 10 ke 20 peratus kepada pengguna sekiranya kesesakan berlaku, lapor Sinar Harian, 23 Jun 2015.

KESESAKAN WAKTU PUNCAK, KONSESI TOL WAJAR BERI DISKAUN KEPADA PENGGUNA.Ramai pengguna merungut kesesakan yang berlaku...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Tuesday, August 25, 2015

Konsesi tol juga disaran supaya tidak hanya berikan diskaun dan rebat ketika musim perayaan sahaja, kerana bukan ketika musim perayaan sahaja kesesakan berlaku.

Disamping itu,banyak pihak yang mendakwa diskaun tol ketika waktu perayaan (selepas jam 12 malam) dilihat tidak menjamin keselesaan pengguna dan jelas menjadi punca kesesakan,


UNTUK RUJUKAN TERPERINCI, BACA PAUTAN DIBAWAH:
  1. Lebuh raya sesak, PPIM cadang beri diskaun tol (Sinar Harian, 23 Jun 2015)
  2. Diskaun tol tiada dalam perjanjian konsesi (Sinar Harian, 23 Jun 2015)
  3. Analisis Kadar Kenaikan Tol di Malaysia (Focuss.my, 3 Ogos 2015)
Oleh itu, Kementerian Kerja Raya telah memaklumkan pihaknya akan mempertimbangkan cadangan mengenai diskaun kepada pengguna lebuh raya pada waktu puncak dan akan membawanya ke dalam mesyuarat bersama pihak konsesi lebuh raya.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya sentiasa mendengar cadangan dan idea daripada mana-mana pihak bagi tujuan peningkatan perkhidmatan serta keselesaan pengguna lebuh raya di negara ini. 

Konklusinya, keselesaan pengguna perlu diberi keutamaan kerana pengguna membayar perkhidmatan yang disediakan tetapi tidak dapat apa yang mereka mahukan. Ternyata, pemberian diskaun pada waktu puncak ini sangat bertepatan sebagai solusi terhadap keluhan orang ramai yang kerugian masa semata-mata untuk membayar kadar tol yang sama harga ketika trafik lancar.

- Admin

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...