Penduduk rumah setinggan di Batu 4, Jalan Klang Lama hilang arah apabila rumah mereka akan dirobohkan tanpa diberi pampasan (oleh pemaju) akan dikuatkuasakan serta merta oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.
Aktivis Biro Kebajikan yang ditugaskan ke sana, En Firdaus Abdullah berkata, beliau dimaklumkan penduduk setempat bahawa tempoh yang diberikan untuk pindah terlalu singkat.
Ramai keluarga tinggal disana tetapi hanya 8 keluarga sahaja yg dpt dibantu ekoran status kewarganegaraan mereka yang meragukan.
Semalam, mereka semua diarah kosongkan rumah mereka.
Namun, pada 30 Julai 2015,Firdaus telah berjumpa dengan Timbalan Pengarah Baitulmal Wilayah Persekutuan, Ustaz Talmizi untuk berbincang dan dapatkan bantuan kecemasan.
31 Julai 2015 (11 Pagi)
En Firdaus telah pergi ke kawasan perumahan setinggan tersebut bersama-sama dgn pegawai-pegawai Baitulmal untuk siasatan.
Hasil siasatan didapati,DBKL telah pun memberi 2 kali notis dan turut melanjutkan tarikh pengosongan premis.
Oleh itu, cuma bantuan kecemasan sahaja dapat dibantu, iaitu wang tunai dengan jumlah maksimum rm3000 setiap satu keluarga untuk deposit sewa rumah baru dan pembelanjaan sara hidup sementara waktu.
Ketua Kampung iaitu Encik Mahad akan berurusan dengan DBKL meminta melanjutkan masa pengosongan premis sementara keluarga tersebut mencari rumah sewa lain.
No comments:
Post a Comment