Sunday, August 30, 2015

@JakimOfficial DIGESA SIASAT ISU BABI DIGANTUNG DI KILANG TEPUNG GANDUM


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak agar JAKIM membuat siasatan ke atas sebuah kilang Prestasi Flour Mill (M) Sdn Bhd, pengeluar tepung gandum jenama Lili, atas dakwaan gambar seekor babi yang tergantung di hadapan kilang tersebut, sebagaimana viral di media sosial.

Merujuk kenyataan PPIM di facebooknya, plastik tepung gandum jenama tersebut jelas menunjukkan logo halal. Ia sekali gus mendapat respon daripada pengguna media sosial.

Pemilik akaun Norfarhana Maskam berkata, tindakan yang dilakukan oleh kilang tersebut dianggap sebagai biadab, dan menggesa agar pihak berkuasa seperti JAKIM dapat menarik semula sijil halal produk itu.

“Betullah tindakan PPIM, minta pihak berwajib siasat selepas mendapat aduan, menyampaikan kepada ramai tentang isu dan masalah. Tiada salah,” kata Ismail Maidin.


Bagaimanapun, pemilik kilang Prestasi Flour Mill (M) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan, bahawa kilang mereka tidak lagi beroperasi seperti yang diviralkan di media sosial, sebaliknya mereka sudah sebulan berpindah di alamat No. 5, Jalan Mahir 5, Taman Desa Cemerlang, Johor Bahru.


Pemilik kilang turut menegaskan bahawa kesemua produk yang dikeluarkan mereka adalah dijamin halal dan sumber bahan mentah juga mendapat Sijil Halal yang diiktiraf JAKIM.

Sumber: ISMAWEB

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...