Saturday, May 16, 2015

2644) BERITA HARIAN - 16/05/15 - Kerajaan Cadang Pinda Undang-Undang Jenayah Seksual Selepas 58 Tahun



KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang meminda undang-undang berkaitan jenayah seksual khususnya rogol bagi melindungi kanak-kanak daripada teraniaya dan menjadi mangsa nafsu seks. 

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata pindaan itu akan dibuat selepas pihaknya membuat kajian menyeluruh ke atas Seksyen 375 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah rogol, yang tidak pernah dipinda sejak 58 tahun lalu. 

"Kita perlu nilai dan pinda kerana seksyen itu telah digunakan sejak 1957 tanpa ada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Kecemerlangan Tugas, di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), hari ini.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa serta wakil Yayasan Patriot Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Community Policing Malaysia. 

Pada majlis itu, Lans Koperal Al Aliff Al Zam dan Konstabel Mohd Rasyidi Ismail dianugerahkan sijil penghargaan, wang tunai serta cenderahati atas jasa mereka menyelamatkan nyawa seorang pemandu yang terperangkap dalam kenderaan yang terbakar di Lebuhraya Sprint, 1 Mei lalu. - BERNAMA

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/54835

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...