Wednesday, October 16, 2013

932) ARTIKEL-Cuba Teliti Resit Anda!

(Gambar hanya sebagai perhiasan)

Berapa kerapkah kita melihat resit selepas apa-apa pembelian?

Mungkin kita acap kali terus sahaja membuang resit tersebut tanpa melihatnya. Kecualilah jika ia selepas pembelian yang mahal dan menggunakan kad kredit. Tetapi selalunya selepas kita berkunjung ke 7-Eleven terdekat dan membeli setin minuman, atau menikmati ayam goreng di KFC, adakah kita mengambil masa untuk melihat kembali resit pembelian dan cuba untuk memahaminya?

Adakah anda sedar bahawa terdapat Cukai yang mungkin selama ini kurang disedari oleh anda sebagai pengguna?

Adakah anda sedar yang anda telah hidup dengan membayar Cukai ini sejak sekian lama?
Adakah anda tahu berapakah Cukai yang dikenakan pada setiap pembelian?

Tidak dinafikan, semua Negara di dunia ini mengutip cukai untuk menjana dana atau hasil untuk Negara. Cukai Perkhidmatan ialah salah satu contoh cukai yang dikutip.

Sebagai pengguna, kita sepatutnya sentiasa memberi perhatian kepada Cukai tersebut. Sebagai pengguna yang bijak, kita sepatutnya sedar tentang Cukai yang dikenakan, kenapa dan mengapa Cukai  ini dikenakan ke atas pembelian kita.

Pengguna yang bijak mempunyai hak untuk mengetahui apakah Cukai yang dikenakan ke atas kita, apakah kadarnya dan kenapa kita sebagai pengguna perlu membayar cukai tersebut. Kita perlu memahami tanggungjawab kita sebagai pembayar cukai dan mengenali apakah barangan yang dikenakan cukai dan apakah barangan yang tidak dikenakan cukai supaya kita boleh membuat pilihan yang bijak semasa membeli.

Salah satu bentuk cukai ialah cukai jualan yang umumnya pada kadar 10 peratus yang dikenakan ke atas kebanyakan barangan. Kita tidak akan dapat lihat jumlah cukai jualan yang kita bayar untuk sesuatu barangan itu sebab nilai cukai jualan itu telah dimasukkan ke dalam kos barangan yang kita beli. Lebih menarik lagi apabila barangan ini melalui satu proses jual beli daripada pengilang, pemborong, peruncit dan kepada pengguna nilai cukai jualan ini akan bertambah disebabkan oleh faktor nisbah keuntungan oleh peniaga peniaga tersebut. Akhirnya kita sebagai pengguna perlu membayar harga yang lebih untuk barangan tersebut.

Apabila kita menikmati hidangan di cafe pula, cukai perkhidmatan yang dikenakan ialah pada kadar enam peratus.

Kedua-dua cukai jualan dan cukai perkhidmatan ini telah digunapakai sejak sekian lama dan tidak ramai yang ambil kisah tentangnya. Kita menganggap kedua-dua bentuk cukai ini sebagai ‘normal’, atau mungkin kita tidak tahu pun tentang bentuk cukai yang dikenakan sekarang.

Sepatutnya umum sedar yang Cukai Barang dan Perkhidmatan atau GST yang dijangka akan diperkenalkan tidak lama lagi bukanlah satu bentuk cukai yang baru, sebaliknya ialah sebagai pengganti kepada bentuk-bentuk cukai yang telah digunapakai sejak sekian lama iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan ini akan dimansuhkan dan di gantikan dengan GST.GST bukanlah cukai tambahan kepada kedua-dua cukai tersebut.

GST merupakan satu sistem cukai yang lebih adil, telus dan efisien.

Berita yang menarik bukan? GST adalah lebih daripada itu, dan sebagai pengguna yang bijak anda patut memahami apa itu GST. Salah satu cara untuk anda memahami GST adalah untuk melayari laman sesawang pihak Jabatan Kastam di Raja Malaysia di www.gst.customs.gov.my

Selamat mencuba!!!!!    

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...