19 JULAI 2011
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA (PPIM):
MENGENAI KEPUTUSAN ASTRO MENERUSKAN KENAIKAN HARGA PAKEJ LANGGANAN.
PENGGUNA WAJIB DIBELA ATAS KEANGKUHAN ASTRO!
PPIM amat kecewa dengan keangkuhan pihak pengurusan Astro yang meneruskan kenaikan harga pakej langganan walaupun pihak Kerajaan melalui Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), YB Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim telah mengumumkan pada 1 Julai 2011 untuk tidak meluluskan cadangan pihak Astro menaikkan tarif perkhidmatan.
PPIM percaya Astro bertekad menaikkan harga walaupun tidak mendapat kebenaran bertulis pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) selaku pengawal selia dan pemberi lessen bagi sektor penyiaran dan telekomunikasi.
Memandangkan pihak Astro ingkar dengan membelakangkan keputusan Kerajaan, SKMM dan tidak pula mengambil sebarang inisiatif menyelesaikan tuntutan dan rungutan pengguna, PPIM menggesa:
1) Pihak SKMM dan KPKK menarik semula lesen eksklusif yang dinikmati Astro selama ini. PPIM berpendapat pihak Astro tidak layak menerima lesen siaran TV berbayar melalui satelit secara eksklusif apabila dengan angkuhnya tidak menurut keputusan dan syarat yang dibuat Kabinet, KPKKdan SKMM;
1) Pihak SKMM dan KPKK menarik semula lesen eksklusif yang dinikmati Astro selama ini. PPIM berpendapat pihak Astro tidak layak menerima lesen siaran TV berbayar melalui satelit secara eksklusif apabila dengan angkuhnya tidak menurut keputusan dan syarat yang dibuat Kabinet, KPKKdan SKMM;
2) Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan segera dengan menyenaraikan perkhidmatan Astro sebagai perkhidmatan yang dikawal di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan juga mengenakan tindakan kepada Astro di bawah Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2010. Ini bertujuan untuk melindungi pengguna daripada kerakusan pihak Astro yang sentiasa membuli pengguna; dan
3) Pihak Kerajaan melalui Khazanah Nasional Berhad meningkatkan pemegang saham di dalam Astro sehingga tahap majoriti (sekurang-kurangnya 51%) dan seterusnya mengambilalih pengurusan Astro dengan meletakkan Ahli Lembaga Pengarah, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengurusan Kanan yang lebih berjiwa rakyat dan memahami kehendak pengguna dan tidak bermotifkan keuntungan semata-mata!
PPIM yang mewakili majoriti pengguna akan hanya mempertimbangkan cadangan kenaikan pakej langganan Astro apabila lapan (8) tuntutan yang dibuat sebelum ini dipenuhi atau diselesaikan.
Seterusnya, PPIM akan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya termasuk tindakan undang-undang untuk memastikan hak pengguna dibela dan syarikat Astro beroperasi dengan tidak menindas pengguna. [END]
3 comments:
nasib baik abah tak langgan astro.. hohohohoho.. :)
Kena cari kaedah lain yang berkesan jangan hanya Boikot.Mereka sudah jadi Gaint monopoli,kita hanya hama dipijak dan habuk pun tak ada.
apa dah jadi. Menteri pun gagal nak kawal. Nak boikut pun susah sebab pengguna kaki TV kecuali kalau tak langan macam saya. Hidup bahagia.
Post a Comment