Friday, July 29, 2011

351) BERITA : NGO serah memorandum kepada Suhakam hargai jasa polis kawal keadaan 9 Julai

KUALA LUMPUR: Dua badan bukan kerajaan hari ini menyerahkan memorandum bagi menghargai jasa baik polis mengawal keadaan semasa perhimpunan haram pada 9 Julai lalu dengan penuh dedikasi kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam). 

Ikatan Rakyat Muslim Malaysia (Irimm) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum itu kepada Pesuruhjaya Suhakam, Prof Datuk Dr Mahmood Zahdi di pejabat suruhanjaya itu, di sini.Setiausaha Agung Irimm, Datuk Thajudeen Mohideen, berkata pihaknya menyerahkan memorandum itu kepada Suhakam bagi menyatakan sokongan badan itu terhadap tindakan polis menjalankan tanggungjawab mereka dalam mengawal ketenteraman awam.


"Jasa pihak polis semasa bertugas mengawal keadaan berjaya mengekang daripada terjadinya perkara yang tidak diingini," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum tersebut. 

Beliau berkata, tuduhan yang dilemparkan terhadap anggota polis bahawa mereka menggunakan kekerasan terhadap peserta perhimpunan haram adalah tidak releven. 

"Semasa berlaku demonstrasi, anggota polis bertungkus lumus mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku dan tugas mereka yang memerlukan mereka bekerja siang dan malam perlu dihargai oleh rakyat," katanya. - BERNAMA


sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/NGOserahmemorandumkepadaSuhakamhargaijasapoliskawalkeadaan9Julai/Article

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...