Kemelut kenaikan caj perkhidmatan Astro sudah lama diperkatakan tetapi apa yang dibuat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim- tiada!
Senang cakap macam ni sajalah, Rais selaku menteri telah gagal mengawal satu-satunya stesen televisyen swasta berbayar di negara ini, ASTRO All Asia Networks Plc (Astro), yang menafikan kepentingan rakyat dengan menaikkan harga pakej-pakej langganannya baru-baru ini.
Sebagai seorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk menjaga kepentingan rakyat dari kerakusan dan ketamakan ‘taikun’ bidang penyiaran seperti Astro, Rais sepatutnya bertindak tegas menghalang stesen televisyen tersebut dari membebankan rakyat.
Rakyat mungkin mampu memahami kenaikan harga minyak petrol, tarif elektrik dan beberapa harga barang ekoran tanggungan Kerajaan terhadap subsidi yang sangat tinggi serta kenaikan bahan mentah itu di pasaran dunia.
Namun, rakyat tidak langsung dapat menerima kenaikan tarif harga pakej perkhidmatan Astro yang memonopoli majoriti hak penyiaran utama di negara ini dan mendapat keuntungan ratusan juta.
Sebelum ini, Astro begitu berbangga mengumumkan keuntungan sebelum cukai RM430.82 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2010, berbanding kerugian RM372.37 juta tahun sebelumnya.
Pencapaian itu bersandarkan pendapatan yang meningkat 9.66 peratus kepada RM3.26 bilion, daripada RM2.97 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Januari 2009.
Selain itu, Astro juga mempunyai seramai hampir tiga juga pelanggan seluruh negara dan mereka begitu setia melanggan siaran stesen televisyen berbayar itu lebih dari sepuluh tahun.
Justeru itu, wajarkah Rais membenarkan Astro ‘membuli’ pelanggan-pelanggan yang juga merupakan rakyat negara ini, dengan menaikkan harga pakej-pakejnya sebagai ‘penghargaan’ kepada kesetiaan mereka?
Sewajarnya, sebagai seorang Menteri yang memilik autoriti yang diamanahkan rakyat untuk menjaga kepentingan mereka, Rais harus bertindak tegas dengan memaksa Astro mengekalkan tarif caj perkhidmatan mereka atau berdepan dengan penarikan hak penyiaran di negara ini.
Rakyat yang rata-ratanya pelanggan Astro merungut, mengecam dan mengutuk tindakan stesen televisyen itu menaikkan harga pakej perkhidmatan, namun semua itu tidak pun diendahkan oleh Astro.
Malah, Astro telah melakukan penyelarasan harga pakej mereka dan memberi alasan bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bersetuju dengan tindakan mereka itu.
Jadi, kepada siapakah yang harus rakyat suarakan rintihan dan rungutan mereka yang di’buli’ jika tidak kepada Rais? Tidakkah Rais rasa bersalah melihat rakyat tertekan dan rasa di’buli’ disebabkan oleh tindakannya yang tidak tegas terhadap Astro?
Atau, wajarkah Rais marah dan tersinggung sekiranya ada suara yang meminta beliau meletakkan saja jawatannya kerana gagal menjaga kepentingan rakyat?
Terserah kepada Rais untuk menentukannya.
Pisau dan timun ada ditangannya. Kita lihat sama ada beliau akan memotong timun atau terpotong jarinya?

2 comments:
Memang tak wajar kenaikan harga pakej Astro yang terlalu melampau sedangkan siaran masih tidak bermutu ketika waktu hujan.....menteri yang berkenaan perlu mengambil inisiatif supaya kenaikan ini tidak membebankan pengguna Astro. Astro untung berjuta ringgit tetapi apa yang pengguna Astro perolehi hasil dari pendapatan itu? Kami sebagai pengguna Astro amat kesali tindakan pihak Astro mengenai kenaikan harga pakej itu walaupun telah dibincangkan di parlimen untuk tidak menaikkan harga tetapi apa kesudahannya? Tolonglah teliti semula dan kalau boleh tarik semula hak penyiaran kepada Astro dan berikan kepada pihak lain......dimana slogan rakyat diutamakan?......
Menteri ada memberi jaminan akan menghalang tindakan Astro menaikkan caj bayaran tetapi Astro masih juga menaikkan caj. Menteri berkenaan masih lagi senyap. Malah tiada sebarang berita mengenai sekatan kenaikan tersebut. yang pasti Astro tetap menaikkan caj.
Saya harap melalui PPIM, mungkin dapat meminta Astro menyediakan penyata setiap kenaikan yang mereka dakwa sehingga memaksa mereka menaikkan yuran langganan.
Saya merasa ragu-ragu, mungkin kenaikan kos yang berlaku adalah daripada pakej langganan lain contohnya pakej Astro Movie ataupun Astro Box Office yang diketahui lebih mahal, tetapi semua pelanggan tanpa mengira apapun jenis pakejnya terpaksa membayar kos kenaikan yang mereka tidak langgan pun. Ini sudah dikira satu penipuan. Lagipun alasan mereka adalah untuk menampung kos bayaran rancangan. Jadi, tak mustahil perkara ini mungkn berlaku.
Jadi, pihak Astro harus menjelaskan dengan terperinci melalui penyata langganan berkenaan kos-kos terbabit untuk semua pakej langganan. Pengguna telah membayar yuran langganan dan mereka berhak untuk tahu butiran kos terbabit.
dalam masa yang sama, usaha untuk membantu rakyat dalam kes kenaikan ini haruslah berterusan. Jangan bila menteri dah menaburkan janji, semua pakat diam. Kita mesti teruskan sehingga melihat kesannya.
Saya harap pihak PPIM dapat meneruskan usaha ini. Kami sentiasa menyokong. Malah aduan kami kepada Astro seolah-olah dipandang sepi.
Post a Comment