KUALA LUMPUR – Pelakon komedi terkenal, Syanie atau Syaniza Hashim hari ini ‘berang’ kerana menjadi mangsa kepada projek kondominium Mas Kiara di Taman Tun Dr. Ismail di sini yang dibelinya sejak tahun 1995.
Lebih malang lagi, menurut Syanie, ada di antara pembeli kondominium tersebut mendakwa rumah mereka sudah pun dijual kepada pihak lain sedangkan mereka sudah membayar wang lebih separuh daripada harga kondominium berkenaan.
Semua ini, kata Syanie, terjadi gara-gara pemaju asal rumah itu, Pinggir Kiara Sdn Bhd (PKSB) gagal menyiapkan projek tersebut seperti mana yang dijanjikan.
” Ramai di antara kami yang dah bayar lebih 80 peratus daripada harga rumah itu yang pada tahun tersebut dijual sekitar RM200,000.
” Bila pemaju baru ambil alih (selepas pemaju asal gagal berbuat demikian), ada pembeli asal yang telah dinafikan hak mereka kerana kononnya pembayaran yang dibuat kepada pemaju lama ‘tidak tulin’, lambat bayar dan macam-macam hal lagi.
” Yang paling mengecewakan, ada rakan kami yang rumah mereka sudah pun dijual oleh pemaju baru kepada pembeli lain, macam mana tu?,” katanya dalam sidang akhbar bersama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Dalam perkembangan yang sama, Syanie turut menyuarakan rasa kesalnya kepada pihak bank yang hanya mahu mengaut keuntungan tanpa ingin mengambil tahu masalah yang sedang dihadapi pembeli rumah teraniaya sepertinya.
” Macam mana kami nak bayar sedangkan rumah kami terbengkalai begitu saja…dalam hal ni bank kata mereka tak nak ambil tahu.
” Lepas tu syarikat yang mereka (bank) lantik pula telefon kita bersungguh-sungguh nak suruh kita bayar, ini membuatkan kami semua tertekan kerana terpaksa membayar kepada benda yang tidak ada,” kesalnya.
Untuk rekod, Kondominium Mas Kiara terletak Lot 3077, Lot 3078, Lot 3097 dan Lot 3098 yang kesemuanya terletak berhampiran Sungai Pencala, Kuala Lumpur – Oleh SYAHRIL A. KADIR (mynewshub.my)
2 comments:
Nampaknya portfolio menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan tidak boleh lagi diberi kepada MCA. Dah berpuluh tahun dan berpuluh projek perumahan terbengkalai masih tak selesai. Heran, apa yang kebal sangat individu pemilik syarikat pemaju boleh lepas lari tanpa tindakan. Selalunya yang tertindas adalah pembeli bumiputra.
klu saman skali pihak bank x boleh ke..??
Post a Comment