UTUSAN 27 APRIL 2011
IPOH 26 April — Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.
"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah).
"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini. — Bernama
PPIM : TERIMA KASIH TAN SRI YANG SUDI MENDENGAR SUARA KAMI!
3 comments:
Moga situasi menang-menang bagi semua pihak dapat direalisasikan.
Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/
Terima kasih TPM atas keperihatinan terhadap isu ini..harap usaha ini dicontohi oleh pihak KKM juga...
diharap isu ini dpt dslesikn dgn sebaik mungkin...dan terima kasih kpd pihak TPM krn mbrikn krjasama
Post a Comment