Friday, April 22, 2011

ADUAN : BANTAHAN KEPUTUSAN MENTERI KESIHATAN DALAM MENGHADKAN PENJUALAN NASI LEMAK DI KANTIN SEKOLAH



EMEL 1
 Assalamualaikum,
Berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu dan keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti, saya merasakan ini merupakan TINDAKAN DATUK SERI  KURANG BIJAK DAN TIDAK DIKAJI SECARA MENDALAM. bukannya nasi lemak itu penyebab obesiti dikalangan pelajar...patutnya diajar pelajar cara pemakanan seimbang dengan kiraan kalori yang betul dan juga pengharaman penjualan makanan ringan di sekolah dan luar sekolah adalah lebih wajar..kalau kita tengok senario di kawasan luar sekolah ..habis saja waktu sekolah pelajar berpusu keluar dari sekolah dan mengerumuni penjual makanan ringan di luar sekolah.......banyak lagi makanan berkolestrol tinggi..makanan deep fried..mee goreng lebih mendatangkan keburukan dengan kandungan asid borik dan sodium benzoate sebagai bahan pengawet..KENAPA TAK HARAMKAN PENJUALAN MEE?? penyebab obesiti pelajar sebenarnya disebabkan oleh pemakanan luar waktu sekolah..makanan segera (McD, Pizza, burger, hotdog, minuman berkarbonat, dll) serta kekurangan aktiviti riadah kerana lebih gemar videogames, melayari internet. seperti ada agenda tersembunyi disebalik larangan penjualan nasi lemak ini, kerana kebanyakan penjual nasi lemak adalah MELAYU...cuba fikir, kenapa tiba-tiba nasi lemak di jadikan sasaran kepada masalah obesiti pelajar....TAK LOGIK LANGSUNG....
p/s : lebih baik ajar budak-budak ni pemakanan seimbang...bukan nasi penyumbang masalah obesiti...
EMEL 2
assalamualaikum w.b.t
saya merupakan salah seorang peminat nasi lemak...saya berasa hairan dan pelik kenapa penjualan nasi lemak mesti di hadkan,,,sedangkan makanan ini merupakan salah satu makanan tradisional negara kita...yang menghairankan kenapa nasi lemak juga yg mesti dihadkan..sedangkan kita lihat sekarang ini terlalu banyak makanan yang boleh membawa kepada obesiti..apa yang menyedihkan nasib peniaga kita yang menyara hidup mereka dengan menjual nasi lemak...diharapkan pihak ppim dapat mewar-warkan isu ini kepada pihak yang bertanggungjawab.
atikah khalid
 EMEL 3
Salam,
Saya membuat aduan bagi pihak pakcik saya yang berniaga nasi lemak di kantin sebuah sekolah di kuala lumpur. pendapatan harian dalam  50 - 60 ringgit sehari. apa yang saya gusarkan ialah bila terbaca di akhbar mengenai menteri kesihatan membuat larangan menjual nasi lemak di sekolah. bagaimana terjejasnya pendapatan pakcik saya sekeluarga. apa yang saya lihat, larangan ini adalah tidak berasas, kerana saya juga makan nasi lemak setiap hari tetapi alhamdulillah, tidak mempunyai masalah obesiti atau masalah kesihatan yang lain...banyak lagi makanan lain yang boleh menyebakan obesiti ni...saya rasa budak2 sekolah harini kurang aktiviti riadah luar sebab tu terjadi masalah gemuk ni...bukan sebab nasi lemak...tolongla kaji semula larangan ini...kesian pakcik saya...
siti azimah

5 comments:

azlyana said...

hmm camner pulak kalau budak2 ni bawa bekal nasi lemak ke sekolah...???

Unknown said...

isu nasi lemak ni tiba2 je muncul....dlu2 xde la plk.....heran tol....mcm ade agenda lain di sebalik isu ni....

couverv said...

lepas ni apa ? nak haramkan penjualan santan pulak ? lepas tu nasi? nak suruh makan bijirin macam mat salleh ? nak jatuhkan harga beras ? lepas ni buat kajian kata nasi x bagus ? makan fish ball bagus? fake food bagus ? makanan kilang bagus sangat? masyarakat harap boleh berfikir sikit , nasi lemak tu real food ok?, x der chemical pelik 2 bagi sedap, x pakai telur palsu. Makanan yg banyak terjual dekat negara ni semua makanan kilang yg menjadi punca penyakit. Halang telur tiruan masuk negara nih, bagus !! macam mana pulak dengan pengeluar makanan yg terang 2 pakai pewarna tiruan? perasa tiruan ? bahan tiruan ? struktur makanan tiruan ? last 2 nasi lemak yg dari bahan ori pulak jadi kambingg hitam , boikot makanan kilang la .

Fenomena Zaman said...

Cuba kementerian ni kaji sudut lain pula. Cuba tengok dan kaji samada yang obes tu anak orang kaya ke anak orang miskin atau sederhana. Lepas tu tengok pulak budak sekolah ni kat rumah mak bapak dia bagi makan apa?

Kena buat research betul-betul dulu pastu baru boleh buat keputusan. Ada ke dia orang ni buat kajian dan disahkan oleh pakar?

cipan_sejuk said...

liow tiong lai..haramkan BABI...BABI lagi banyak lemak..cacing yang x akan mati kalau direbus dengan air panas.....

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...