Showing posts with label ISU NASI LEMAK. Show all posts
Showing posts with label ISU NASI LEMAK. Show all posts

Wednesday, April 27, 2011

ISU NASI LEMAK : TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENGULAS....


UTUSAN 27 APRIL 2011

IPOH 26 April — Kementerian Pelajaran belum memuktamadkan peraturan mengehadkan penjualan nasi lemak di semua kantin sekolah sebaliknya perkara itu akan dibincangkan bagi mendapatkan maklum balas semua pihak terutama pengusaha kantin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Kementerian Pelajaran belum mengadakan apa-apa perbincangan dengan pihak Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu dan menyifatkan isu berkenaan bukan terlalu sukar untuk diselesaikan.

"Banyak kenyataan adalah daripada Kementerian Kesihatan sendiri yang mungkin berdasarkan aspek kesihatan, makanan seimbang dan sesuai supaya tidak berlaku kegemukan (di kalangan pelajar sekolah). 

"Saya akan berbincang dengan pegawai di Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan untuk meneliti menu yang sebaik mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menutup Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2011 di Kompleks Sukan Majlis Bandaraya Ipoh di sini hari ini. — Bernama

PPIM : TERIMA KASIH TAN SRI YANG SUDI MENDENGAR SUARA KAMI!

Friday, April 22, 2011

ADUAN : BANTAHAN KEPUTUSAN MENTERI KESIHATAN DALAM MENGHADKAN PENJUALAN NASI LEMAK DI KANTIN SEKOLAH



EMEL 1
 Assalamualaikum,
Berikutan kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika mengumumkan perkara itu juga mahu pengusaha kantin hanya menjual nasi lemak sehari dalam seminggu dan keputusan kerajaan semalam yang menguatkuasakan serta-merta larangan penjualan makanan dan minuman tidak berkhasiat khususnya yang mengandungi gula serta garam berlebihan di kantin sekolah bagi membendung masalah pelajar mengalami obesiti, saya merasakan ini merupakan TINDAKAN DATUK SERI  KURANG BIJAK DAN TIDAK DIKAJI SECARA MENDALAM. bukannya nasi lemak itu penyebab obesiti dikalangan pelajar...patutnya diajar pelajar cara pemakanan seimbang dengan kiraan kalori yang betul dan juga pengharaman penjualan makanan ringan di sekolah dan luar sekolah adalah lebih wajar..kalau kita tengok senario di kawasan luar sekolah ..habis saja waktu sekolah pelajar berpusu keluar dari sekolah dan mengerumuni penjual makanan ringan di luar sekolah.......banyak lagi makanan berkolestrol tinggi..makanan deep fried..mee goreng lebih mendatangkan keburukan dengan kandungan asid borik dan sodium benzoate sebagai bahan pengawet..KENAPA TAK HARAMKAN PENJUALAN MEE?? penyebab obesiti pelajar sebenarnya disebabkan oleh pemakanan luar waktu sekolah..makanan segera (McD, Pizza, burger, hotdog, minuman berkarbonat, dll) serta kekurangan aktiviti riadah kerana lebih gemar videogames, melayari internet. seperti ada agenda tersembunyi disebalik larangan penjualan nasi lemak ini, kerana kebanyakan penjual nasi lemak adalah MELAYU...cuba fikir, kenapa tiba-tiba nasi lemak di jadikan sasaran kepada masalah obesiti pelajar....TAK LOGIK LANGSUNG....
p/s : lebih baik ajar budak-budak ni pemakanan seimbang...bukan nasi penyumbang masalah obesiti...
EMEL 2
assalamualaikum w.b.t
saya merupakan salah seorang peminat nasi lemak...saya berasa hairan dan pelik kenapa penjualan nasi lemak mesti di hadkan,,,sedangkan makanan ini merupakan salah satu makanan tradisional negara kita...yang menghairankan kenapa nasi lemak juga yg mesti dihadkan..sedangkan kita lihat sekarang ini terlalu banyak makanan yang boleh membawa kepada obesiti..apa yang menyedihkan nasib peniaga kita yang menyara hidup mereka dengan menjual nasi lemak...diharapkan pihak ppim dapat mewar-warkan isu ini kepada pihak yang bertanggungjawab.
atikah khalid
 EMEL 3
Salam,
Saya membuat aduan bagi pihak pakcik saya yang berniaga nasi lemak di kantin sebuah sekolah di kuala lumpur. pendapatan harian dalam  50 - 60 ringgit sehari. apa yang saya gusarkan ialah bila terbaca di akhbar mengenai menteri kesihatan membuat larangan menjual nasi lemak di sekolah. bagaimana terjejasnya pendapatan pakcik saya sekeluarga. apa yang saya lihat, larangan ini adalah tidak berasas, kerana saya juga makan nasi lemak setiap hari tetapi alhamdulillah, tidak mempunyai masalah obesiti atau masalah kesihatan yang lain...banyak lagi makanan lain yang boleh menyebakan obesiti ni...saya rasa budak2 sekolah harini kurang aktiviti riadah luar sebab tu terjadi masalah gemuk ni...bukan sebab nasi lemak...tolongla kaji semula larangan ini...kesian pakcik saya...
siti azimah

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL